Melalui entri sulung ini Satria Siber ingin mengucapkan SETINGGI TINGGI TAHNIAH kepada YB Dato Sri Dr Ahmad Zahid Hamidi, KDN, Tan Sri IGP dan PDRM kerana melalui insiatif-inisiatif yang telah dilaksanakan berjaya mengurangkan peratus indeks jenayah sebanyak 40%.
Teruskan inisiatif yang telah dirancang dan pergiatkan usaha untuk memastikan keamanan dan keselamatan negara. Pastinya dengan kewibawaan YB DS dan ketegasan TS IGP akan memastikan keselamatan negara ini terjamin!
-------------------------------------------------------------------------------------
Peratus Indeks Jenayah menurun 40 peratus
KUALA LUMPUR: Pelaksanaan Program Transformasi Kerajaan (GTP) berjaya mengurangkan Peratus Indeks Jenayah sebanyak 40 peratus sepanjang lima tahun lalu.
Di sebalik kejayaan itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata masih banyak perlu dilakukan.
“Di dalam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Mengurangkan Jenayah,kini, kita bersyukur bahawa kadar indeks jenayah negara di bawah GTP, telah berjaya dikurangkan sebanyak 40 peratus dalam tempoh 5 tahun lepas.
“Apa yang mustahak, usaha untuk mengurangkan kadar jenayah akan diteruskan,” katanya ketika melancarkan Laporan Tahun 2014 GTP dan Program Transformasi Ekonomi (ETP) di Angkasapuri.
Menurut Najib, bagi 2014, kes kecurian kereta telah berkurangan kepada hampir 20 peratus dan ini merupakan kali pertama penurunan trend jenayah kecurian kereta semenjak NKRA diperkenalkan.
Jelas beliau, kerjasama antara Polis Diraja Malaysia dengan komuniti tempatan dan agensi kerajaan akan diperhebatkan lagi demi mewujudkan persekitaran yang aman untuk diduduki oleh rakyat, dikunjungi pelancong serta diyakini oleh para pelabur.
Sementara itu, Perdana Menteri berkata di bawah NKRA Membanteras Rasuah, kedudukan Malaysia telah bertambah baik dengan skor Indeks Persepsinya meningkat daripada tangga 44 pada 2010 kepada tangga 52 pada 2014 daripada kalangan 175 negara.