Program Rehiring yang bermula pada 15 Februari 2016 ini bertujuan mendaftar PATI yang bekerja secara haram di Malaysia di bawah majikan yang sah melalui syarat-syarat yang ditetapkan dan dilaksana di atas talian.
Friday, 26 February 2016
Thursday, 25 February 2016
PDRM bantah syor halalkan ganja: KPN
KUALA LUMPUR: Cadangan 'menghalalkan' penggunaan ganja selain untuk kegunaan perubatan adalah tidak relevan kerana ia menjurus kepada penyalahgunaan yang memudaratkan.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, berkata pihaknya membantah sekeras-kerasnya cadangan yang dianggap liberal dan keterlaluan itu.
"Kita tidak mahu lebih ramai anak muda terbabit dengan penyalahgunaan ganja yang biasanya mendorong kepada penggunaan dadah lebih 'keras'. PDRM tidak sokong, kita bantah," katanya.
http://www.bharian.com.my/node/127520
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, berkata pihaknya membantah sekeras-kerasnya cadangan yang dianggap liberal dan keterlaluan itu.
"Kita tidak mahu lebih ramai anak muda terbabit dengan penyalahgunaan ganja yang biasanya mendorong kepada penggunaan dadah lebih 'keras'. PDRM tidak sokong, kita bantah," katanya.
http://www.bharian.com.my/node/127520
Tuesday, 23 February 2016
Gerakan Menghalalkan Ganja di Malaysia.
KENYATAAN MEDIA AGENSI ANTIDADAH KEBANGSAAN
TARIKH: 23 FEBRUARI 2016
GERAKAN MENGHALALKAN GANJA DI MALAYSIA
1. Ganja (Cannabis Sativa juga dikenali sebagai marijuana dan dikatakan berasal daripada perkataan Portugis iaitu Mariguango yang bermaksud bahan yang memabukkan. Berdasarkan kajian, pengambilan ganja yang kerap dalam jangkamas panjang boleh menyebabkan daya an d kebolehan berfikir terjejas. Akhirnya pengguna ganja menjadi malas dan anti-sosial.
2. Justeru kerajaan telah mengharamkan sebarang aktiviti penanaman, penghasilan, pengendalian, pemilikan, pengimportan serta pengeksportan ganja seperti yang termaktub dalam Bahagian lijadual Pertama Akta Dadah Berbahaya 1952 (Akta 234).
3. Akhir-akhir ini Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) mengesan gerakan beberapa kumpulan dan individu yang aktif mengeluarkan kenyataan-kenyataan mengelirukan tentang ganja dan dilihat begitu berani membuat cadangan agar Kerajaan Malaysia membuat semakan undang-undang bagi menghalalkan penggunaan ganja di Malaysia.
Tuesday, 16 February 2016
Beberapa fakta mengenai kemasukan 1.5 juta pekerja Bangladesh secara sistematik
1. Perjanjian dgn Dhaka utk membawa masuk 1.5 juta pekerja Bangladesh dalam tempoh 3 tahun nampaknya mencetuskan banyak kekeliruan di kalangan rakyat, pembangkang dan NGO yang tidak faham akan maksud dan kerangka rancangannya. Ia juga disalahtafsir sebagai mengenepikan peluang rakyat tempatan untuk bekerja di sektor yang bakal diisi oleh pekerja asing, khasnya dari Bangladesh.
2. Rancangan ini bukan untuk dilaksanakan dengan kadar segera kerana wujud beberapa perkara lain yang perlu ditangani terlebih dahulu, seperti berikut;
- menguruskan kepulangan secara sukarela mereka yang dikategorikan sebagai pendatang asing tanpa izin atau PATI,
- menubuhkan bank data bagi mengumpul maklumat majikan mengenai berapa sebenarnya keperluan pekerja mengikut industri,
- meneruskan ops ke atas PATI tegar yang enggan pulang,
- menimbang pemberian permit kerja bagi mereka yang masih layak diambil bekerja dengan syarat ada surat perakuan majikan, serta
- memperhalusi mekanisme penjagaan hak serta kebajikan mereka di sini.
3. Pengambilan pekerja Bangladesh ini tidak akan berlaku dalam masa terdekat, kecuali ada keperluan mendesak di pihak industri tertentu misalnya pembuatan dan pembinaan. Kerajaan boleh menimbang mewujudkan sebuah jawatankuasa audit bagi memastikan permintaan majikan adalah tulen, mampu membayar gaji serta faedah yang wajib dibayar, di samping memastikan kebajikan mereka terjamin, tidak seperti masa lalu di mana ramai pekerja yang dibawa masuk terkandas di lapangan terbang dan di tempat-tempat lain kerana penipuan.
4. Walaupun angkanya adalah 1.5 juta, mereka akan dibawa masuk sedikit demi sedikit berdasarkan permintaan. Jika didapati 500,000 orang sudah memadai bagi tempoh 3 tahun yang dimaksudkan, maka pengambilan akan berhenti setakat itu saja. Kerajaan Dhaka maklum akan hal ini. Kita tidak akan melambakkan lagi 1 juta orang di sini jika tidak ada pekerjaan untuk mereka.
Subscribe to:
Posts (Atom)