Pagi td, sempat luangkan masa dgn pemenang2 Prtandingn Debat Cambridge 2015 dr UiTM & UIA. Kagum dgn kejayaan mereka pic.twitter.com/7RuwXTl2uq
— Mohd Najib Tun Razak (@NajibRazak) November 26, 2015
Thursday, 26 November 2015
Tahniah UiTM dan UIAM
Friday, 13 November 2015
Thursday, 15 October 2015
Jerebu : Malaysia hantar bantuan selepas terima surat daripada Riau?
Demikian adalah kandungan surat yang dikatakan dihantar oleh wakil pemerintah Riau.
"Delapan belas tahun sudah bencana asap melanda negeri kami Riau. Hari berganti minggu, minggu berganti bulan dan bulan berganti tahun namun belum juga ada solusi yang dapat menghentikan bencana sap ini. Ketidakpastian solusi bencana asap ini telah membuat kami frustrasi. Frustrasi tentang ketidaknyamanan hidup dengan yang kami inginkan.
Ketidakmampuan bangsa kami mengatasi bencana asap ini membuat hati kami merendahkan diri kepada Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak agar dapat membantu negeri kami keluar dari bencana ini. Untuk itu kami rakyat Riau yang tergabung dalam AMPERA (Amanat Penderitaan Rakyat)
1. Meminta Datuk Seri Mohd Tun Razak membantu rakyat Riau dalam mengatasi bencana asap sehingga jutaan rakyat terhindar dari penyakit ISPA dan kanker paru-paru.
2. Meminta Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak memberikan akses dan kemudahan berobat bagi rakyat Riau yang terkena dampak bencana asap, dan memberikan kemudahan biaya.
3. Meminta Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak untuk mengirimkan bantuan pemadam kebakaran BOMBA agar dapat segera memadamkan titik api di Riau.
Demikianlah surat terbuka ini kami sampaikan, semoga Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dapat mengabulkannya.
Wassalam,
Pekanbaru, 4 September 2015
Ketua AMPERA Riau
"Delapan belas tahun sudah bencana asap melanda negeri kami Riau. Hari berganti minggu, minggu berganti bulan dan bulan berganti tahun namun belum juga ada solusi yang dapat menghentikan bencana sap ini. Ketidakpastian solusi bencana asap ini telah membuat kami frustrasi. Frustrasi tentang ketidaknyamanan hidup dengan yang kami inginkan.
Ketidakmampuan bangsa kami mengatasi bencana asap ini membuat hati kami merendahkan diri kepada Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak agar dapat membantu negeri kami keluar dari bencana ini. Untuk itu kami rakyat Riau yang tergabung dalam AMPERA (Amanat Penderitaan Rakyat)
1. Meminta Datuk Seri Mohd Tun Razak membantu rakyat Riau dalam mengatasi bencana asap sehingga jutaan rakyat terhindar dari penyakit ISPA dan kanker paru-paru.
2. Meminta Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak memberikan akses dan kemudahan berobat bagi rakyat Riau yang terkena dampak bencana asap, dan memberikan kemudahan biaya.
3. Meminta Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak untuk mengirimkan bantuan pemadam kebakaran BOMBA agar dapat segera memadamkan titik api di Riau.
Demikianlah surat terbuka ini kami sampaikan, semoga Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dapat mengabulkannya.
Wassalam,
Pekanbaru, 4 September 2015
Ketua AMPERA Riau
Sunday, 11 October 2015
Tuesday, 29 September 2015
Saturday, 26 September 2015
Macamana nak tahu itu Bomba atau bukan, Bomba kategori apa pakai baju biru?
Bapak besau ulau geng bomba ni tangkap!More : Sukan Star TV @ Sukan Star .com @ sukanstar.com
Posted by Sukan Star TV on Saturday, 26 September 2015
Friday, 11 September 2015
KEJADIAN KREN RUNTUH DI DALAM KAWASAN MASJIDIL HARAM, MEKAH, ARAB SAUDI
Kementerian Luar Negeri ingin mengesahkan bahawa seramai sepuluh (10) orang jemaah haji Malaysia telah tercedera di dalam kejadian kren runtuh yang berlaku di dalam kawasan Masjidil Haram, Mekah pada 11 September 2015, jam 5.00 petang waktu tempatan. Namun demikian, tiada kematian melibatkan warganegara Malaysia dilaporkan setakat ini.
Kesemua warganegara Malaysia yang tercedera telah diberikan rawatan di beberapa hospital sekitar Mekah. Kejadian ini disebabkan oleh ribut pasir dan hujan lebat yang melanda seluruh Mekah bermula sebelum waktu Maghrib pada hari kejadian. Sehingga kini, seramai 87 orang mangsa terkorban, manakala 201 orang mangsa lagi dilaporkan cedera.
Kementerian Luar Negeri, Konsulat Jeneral Malaysia di Jeddah dan pihak Lembaga Tabung Haji akan terus memantau perkembangan kejadian ini.
Kementerian Luar Negeri ingin merakamkan ucapan takziah kepada seluruh anggota keluarga mangsa-mangsa nahas tersebut.
KEMENTERIAN LUAR NEGERI
PUTRAJAYA
12 SEPTEMBER 2015
Sumber : Whatsapp Grup
Sunday, 30 August 2015
Wednesday, 26 August 2015
Sebagai Renungan...
Bersih takrifnya serumpun dengan suci, kudus, cantik, teratur, sopan santun, bijaksana, tertib, berhemah, sabar, berbudi bahasa, disiplin, taat dan patuh, patriotik dan bermacam-macam lagi yang positif.
Kotor pula takrifnya serumpun dengan huru-hara, noda, bersepah-sepah, punah-ranah, liar, kerosakan, biadab, kurang-ajar, samseng, penderhaka, ingkar, fitnah dan bermacam lagi yang negatif.
Oleh itu apa sebenarnya realiti mereka itu???
Tuesday, 25 August 2015
Friday, 21 August 2015
BERSIH: POST-MORTEM
Masuk kali ni dah 4 kali BERSIH anjur perhimpunan jalanan. Biasa kalau dah 4 kali ni mesti ade post mortem apa yang diorang dah achieved lps dah 3 kali dianjurkan. Kalau dah 3 kali buat pun xda achieved apa-apa melainkan peserta yang bertambah dengan jumlah kerosakan + kerugian kepada peniaga dan kerajaan pun bertambah apa yang boleh dibanggakan sangat? Patutnya penganjur ni muhasabah balik samada mana-mana tuntutan diorang tu ada yang betul2 berjaya dan dapat bagi munafaat ke tidak kat rakyat kebanyakkan macam kami ni. Tapi nak tgk macam mana eh kalau tiap2 kali anjur perhimpunan tuntutan diorg duk berubah-rubah je. Kejap nak camni kejap mintak camtu. X konsisten langsung. Duk perabih beras je. Ok apasal aku membebel pulak? Takkan semua x baik kot? Skang aku nak share pulak kejayan-kejayaan BERSIH. Biar gambar yang berbicara, sila-silalah nodai mata anda:
Maka dengan itu, berjayalah matlamat dan tuntutan-tuntutan BERSIH dan beroleh munafaatlah kami semua warga marhein.
Wednesday, 19 August 2015
Pengambilan Pekerja Asing Dibuat Online
Ini satu penambahbaikan yang bagus. Maknanya tidak ada lagi agen-agen yang mengutip bayaran yang tidak standard. Proses pengambilan pula dapat dipercepatkan daripada 3 ke 6 bulan ke hanya 48 jam sahaja.
"The conventional application by the employer must present to the Local Approval Centres, Ministry of Home Affairs (MOHA) takes about three to six months. But online application will be approved 48 hours after the application meets the conditions set by the ministry. We have made an attempt to find this system more effective," said Ahmad Zahid, who is also the Minister of the Interior.
Read More At: http://www.pocketnews.com.my/2015/08/20/zahid-application-of-foreign-workers-need-to-apply-online/ | Pocket News
Read More At: http://www.pocketnews.com.my/2015/08/20/zahid-application-of-foreign-workers-need-to-apply-online/ | Pocket News
Pengeboman di tengah kota Bangkok, Thailand.
![]() |
| Suspek dan beg disyaki berisi bom. |
Kejadian pengeboman di tengah-tengah kota Bangkok baru-baru ini adalah "wake up" call kepada semua pihak. Kejadian ini menunjukkan perbuatan "pengganas / terrorist" ini boleh berlaku tanpa sebarang tanda awal dan boleh berlaku bila-bila masa dan di mana juga.
Bila disebut perbuatan pengganas / terrorist sebagaimana yang ditakrifkan oleh undang-undang negara, apa yang terbayang dalam fikiran ialah kumpulan tertentu yang memperjuangkan sesuatu ideologi ekstrem secara militan.
Namun demikian, perbuatan pengganas ini sebenarnya boleh sahaja dilakukan oleh sesiapa sahaja tanpa motif yang jelas kepada umum. Perbuatan sabotaj boleh sahaja dilakukan oleh pihak yang mempunyai agenda tertentu bagi melemahkan ekonomi ataupun keamanan sesebuah negara. Apakah motif jika perbuatan seperti ini dilakukan adalah kabur dan bersifat spekulatif.
Wednesday, 12 August 2015
Interview CEO 1MDB - ARUL KANDA KANDASAMY
Tuesday, 11 August 2015
POLITIK BUDIMAN
Politik budiman bukannya macam yang diamalkan sesetengah puak itu. Budiman yang menghancurkan bangsa dan agama sendiri. Itu bukan politik budiman atau "gentleman". Politik budiman ialah politik damai dan tidak berpecah sesama sendiri.
Orang politik yang baik sedar bahawa kuasa politik itu hanyalah tanggungjawab yang diamanahkan. Sesiapa sahaja boleh dipilih oleh Allah untuk jawatan dan kuasa. Itu adalah ujian terhadap individu itu. Oleh itu sesiapa sahaja boleh naik dan turun. Semua telah ditentukan, kenapa hendak bermusuh-musuhan sesama sendiri.
Sesiapa yang dipilih maka hendaklah dia melaksanakan tanggungjawabnya, manakala yang tidak terpilih pula janganlah dia membuat keingkaran serta merosakkan jemaah sehingga menguntungkan mereka yang memusuhi Islam.
Wednesday, 5 August 2015
PRIME MINISTER NAJIB RAZAK STATEMENT ON MH370
On 8 March 2014, flight MH370 from Kuala Lumpur to Beijing disappeared. The days, weeks and months that followed have been a period of torment for the families of those on board.
The plane’s disappearance was without precedent. At every stage, we followed the tiny amount of evidence that existed. But, despite the efforts of 26 nations and the largest search in aviation history, from the South China Sea to the Indian Ocean, the plane could not be located.
Neither could investigations by the world’s leading aviation experts answer why MH370 veered off course and went dark. While the plane’s disappearance remained a mystery, we have shared the anguish of those who could find no comfort.
Last week, on 29th July, we were informed by the French authorities that part of an aircraft wing had been found on Reunion, the French island in the Indian Ocean.
Sunday, 2 August 2015
Politik Fitnah VS Politik Budiman
Boleh tak geng yang mengaku buat politik budiman (gentlemen) tu mentarbiyah ahli-ahli politik dalam kapal mereka tu supaya jangan buat fitnah. Buat fitnah tak gentlemen. Itu bukan politik budiman.
Sebab PAS dah tak ade dalam kapal dia orang tu. Sapa lagi nak buat tarbiyah. Oh ok, lupa pulak DAP kan selalu mentarbiyah.
Tapi baguslah sekarang adanya rasa suasana ketegasan dalam Malaysia. Berdasarkan maklumatnya, PDRM sedang melakukan siasatan di bawah Seksyen 500 Kanun Kesiksaan untuk kesalahan memfitnah. Diharap dengan ketegasan ini fitnah yang berombak-ombak melanda negara ni akan kendur dan suasana akan lebih terkawal. Fitnah ni lebih dahsyat daripada membunuh.
Thursday, 30 July 2015
Tuesday, 28 July 2015
Mencari di mana wang 1MDB.
SENARAI PENUH KABINET BARU - 28 JULAI 2015
Berikut adalah senarai penuh kabinet Malaysia selepas rombakan yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri pada 28 Julai 2015.
Perdana Menteri - Datuk Seri Najib Tun Razak
Timbalan Perdana Menteri - Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
Menteri di Jabatan Perdana Menteri
- Datuk Mah Siew Keong
- Datuk Seri Jamil Khir Baharom
- Datuk Seri Idris Jala
- Tan Sri Joseph Kurup
- Nancy Shukri
- Datuk Seri Abdul Wahid Omar
- Datuk Dr Wee Ka Siong
- Datuk Seri Azalina Othman Said
- Datuk Joseph Entulu Anak Belaun
- Datuk Seri Shahidan Kassim
- Datuk Paul Low Seng Kuan
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri
- Datuk Razali Ibrahim
- Datuk Dr Asyraf Wajdi Dasuki (Hal Ehwal Agama)
Menteri Kewangan - Datuk Seri Najib Tun Razak
Menteri Kewangan II - Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah
Timbalan Menteri Kewangan
- Datuk Chua Tee Yong
- Datuk Johari Abdul Ghani
Menteri Dalam Negeri - Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
Timbalan Menteri Dalam Negeri
- Datuk Nur Jazlan Mohamed
- Masir Anak Kujat
Menteri Pengangkutan - Datuk Seri Liow Tiong Lai
Timbalan Menteri Pengangkutan - Datuk Ab Aziz Kaprawi
Menteri Kesihatan - Datuk Seri Dr S. Subramaniam
Timbalan Menteri Kesihatan - Datuk Seri Dr Hilmi Yahya
Menteri Pelancongan - Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Timbalan Menteri Pelancongan - Datuk Mas Ermieyati Samsudin
Menteri Pertahanan - Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein
Timbalan Menteri Pertahanan - Datuk Mohd Johari Baharum
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri - Datuk Seri Mustapa Mohamed
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri II - Datuk Seri Ong Ka Chuan
Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri
- Datuk Ahmad Maslan
- Senator Datuk Lee Chee Leong
Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air - Datuk Seri Dr Maximus James Ongkili
Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan AIr - Datuk Seri Dr James Dawos Mamit
Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi - Datuk Amar Douglas Unggah Embas
Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi - Datuk Noriah Kasnon
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani - Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek
Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani - Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman
Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah - Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob
Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah
- Datuk Alexander Nanta Linggi
- Datuk Ahmad Jazlan Yaakub
Menteri Luar - Datuk Seri Anifah Aman
Timbalan Menteri Luar - Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican
Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Datuk Abdul Rahman Dahlan
Timbalan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Datuk Halimah Mohd Sadique
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan - Datuk Hamzah Zainudin
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan - Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah
Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar - Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar - Datuk Hamim Samuri
Menteri Pendidikan - Datuk Seri Mahdzir Khalid
Timbalan Menteri Pendidikan
- P. Kamalanathan
- Chong Sin Woon
Menteri Komunikasi dan Multimedia - Datuk Seri Dr Mohd Salleh Said Keruak
Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia - Datuk Jailani Johari
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi - Datuk Wilfred Madius Tangau
Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi - Datuk Dr Abu Bakar Mohamad Diah
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Datuk Seri Rohani Abdul Karim
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
- Datuk Azizah Mohd Dun
- Datin Paduka Chew Mei Fun
Menteri Kerja Raya - Datuk Seri Fadillah Yusof
Timbalan Menteri Kerja Raua - Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin
Menteri Sumber Manusia - Datuk Seri Richard Riot Anak Jaem
Timbalan Menteri Sumber Manusia - Datuk Seri Ismail Muttalib
Menteri Wilayah Persekutuan - Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor
Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan - Datuk Dr J. Loga Bala Mohan
Menteri Pengajian Tinggi - Datuk Seri Idris Jusoh
Timbalan menteri Pengajian Tinggi - Datuk Mary Yap Ken Jin
Menteri Belia dan Sukan - Khairy Jamaluddin Abu Bakar
Timbalan Menteri Belia dan Sukan - Datuk M. Saravanan
KENYATAAN MEDIA YAB PERDANA MENTERI MENGENAI ROMBAKAN KABINET
KENYATAAN MEDIA
YAB PERDANA MENTERI
MENGENAI ROMBAKAN KABINET
Adalah dimaklumkan bahawa selaras dengan perenggan (b) Fasal (2) Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan mengenai pelantikan Menteri Persekutuan dan Fasal (1) Perkara 43A mengenai pelantikan Timbalan Menteri Persekutuan, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah memperkenankan pelantikan berikut:
Menteri Persekutuan:
(i) YB Datuk Wilfred Madius Tangau;
(ii) YB Dato’ Hamzah bin Zainudin;
(iii) YB Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar;
(iv) YB Dato’ Seri Mahdzir bin Khalid;
(v) YB Dato’ Sri Azalina binti Dato’ Othman Said;
(vi) YB Datuk Seri Ong Ka Chuan; dan
(vii) YB Senator Datuk Seri Panglima Dr. Mohd. Salleh bin Tun Said Keruak
(Yang di-Pertuan Agong telah memperkenankan pelantikan YB Senator Datuk Seri Panglima Dr. Mohd. Salleh bin Tun Said Keruak sebagai Ahli Dewan Negara dan beliau akan mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara dalam masa terdekat).
Timbalan Menteri Persekutuan:
YB Dato’ Wira Mohd Johari bin Baharum;
YB Datuk Mas Ermieyati Samsudin;
YB Datuk Nur Jazlan bin Mohamed;
YB Senator Dato’ Dr. Asyraf Wajdi bin Dato' Dusuki;
(v) YB Senator Tuan Chong Sin Woon;
(vi) YB Dato' Seri Reezal Merican bin Naina Merican;
(vii) YB Datuk Ahmad Jazlan bin Yaakob;
(viii) YB Tuan Masir anak Kujat; dan
(ix) YB Dato’ Johari bin Abdul Ghani.
Rombakan Kabinet hari ini dibuat bagi tujuan memperkukuhkan lagi barisan Jemaah Menteri dalam kita menghadapi cabaran menguruskan negara sebelum Pilihanraya Umum yang ke-14.
Keputusan saya menggantikan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan YAB Dato’ Seri Ahmad Zahid Hamidi, menggugurkan empat orang Menteri dan seorang Timbalan Menteri serta perubahan portfolio,dibuat setelah mengambil kira pertimbangan politik dan kepentingan pentabiran
Ini bagi memastikan pentadbiran di bawah saya terus komited, sentiasa fokus kepada usaha pembangunan negara sebagaimana yang telah dijanjikan oleh Kerajaan Barisan Nasional kepada rakyat pada pilihan raya umum yang ke-13.
Bagi tujuan ini, Jemaah Menteri perlu bertindak sebagai satu pasukan yang jitu dalam apa jua keadaan, melangsungkan agenda pembangunan Negara serta menguruskan isu-isu Negara yang berbangkit agar dapat bertindak dengan berkesan.
Saya boleh menerima perbezaan pendapat dan kritikan sebagai sebahagian dari proses dalam membuat keputusan. Namun, sebagai anggota Kabinet, perbezaan pendapat dan pandangan tidak sepatutnya dilakukan di forum terbuka yang boleh menjejaskan pandangan umum terhadap Kerajaan serta Negara. Ia juga bertentangan dengan konsep tanggungjawab bersama Kabinet (collective responsibility).
Keputusan menggantikan Tan Sri Muhyiddin merupakan satu keputusan yang amat sukar, tetapi terpaksa saya lakukan agar Jemaah Menteri dapat bergerak sebagai satu pasukan yang jitu.
Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas khidmat bakti yang telah dicurahkan oleh Tan Sri Muhyiddin. Begitu juga oleh Menteri dan Timbalan Menteri yang kini tidak lagi bersama saya di dalam pentadbiran Kerajaan.
Insha-Allah, saya yakin senarai Kabinet yang baru ini dapat meneruskan hasrat Kerajaan untuk menjayakan segala perancangan yang telah dijanjikan dan meningkatkan keyakinan serta sokongan rakyat kepada Kerajaan Barisan Nasional.
Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah juga memperkenankan Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia di hadapan Baginda diadakan pada Rabu, 29 Julai 2015, jam 10 pagi di Istana Negara, Kuala Lumpur.
Perdana Menteri
Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak
28 Julai 2015
Friday, 24 July 2015
Wednesday, 22 July 2015
LUAHAN RASA MP MERSING YB DATUK DR HJ ABD LATIFF HJ AHMAD
LUAHAN RASA MP MERSING YB DATUK DR HJ ABD LATIFF HJ AHMAD ~ UNTUK DIKONGSI BERSAMA RAKAN RAKAN..
BACA DAN FIKIR2KAN
Apabila saya melihat poster2 yang mengajak rakyat berhimpun untuk menjatuhkan PM dan kerajaan, saya ingin berkongsi dengan sahabat2 MT pandangan saya yang saya hantar kepada sebuah Blog NGO empat bulan lalu.
Pandangan ini dalam TIGA BAHAGIAN. Jika tidak relevant, boleh di padam. Maaf panjang sedikit.
BAHAGIAN 1
Kita boleh 'salute' DAP yang mahu pimpinan Negara yang kini di kuasai oleh ORANG MELAYU (UMNO menguasai BN) di TUKAR kepada campuran DAP/PJR/PAS di mana DAP YANG BERKUASA. DAP tahu parti mereka lebih 'advance' dari segi Ilmu, Kepakaran, Kepimpinan dan Networking dalam campuran Pembangkang.
Semasa campuran Pembangkang memerintah Perak selepas PRU-12 (tahun 2008), rakyat Melayu dapat merasa bahang kuasa DAP. Walaupun MB daripada PAS di bantu 4 EXCO Melayu dari PKR serta PAS, dan memerintah hanya 11 bulan:-
Saturday, 18 July 2015
The Bias of Amnesty International - Anwar Ibrahim as prisoner of conscience.
How did Amnesty categorise Anwar Ibrahim as prisoner of conscience?
Some opposition media insist Malaysia Government to treat Anwar Ibrahim as so called "prisoner of conscience" since such status had been given by Amnesty International. Claiming that Anwar Ibrahim suppose to be treated with house arrest, the same status that Aung San Su Chi enjoys.
Now, a question raised. What is the criteria that make him eligible to such status?
Wikipedia names some of the criteria as such:
..anyone imprisoned because of their race, sexual orientation, religion, or political views.
|
It seems that one who is sentenced by court of law because of sexual orientation, for example a gay or a person who has acted lewd action can be considered to be listed down as "prisoner of conscience".
So which one is the exact criteria that has become the main reason that he is selected for prisoner of conscience status?
Puasa 6
SUNAT BERPUASA ENAM HARI DI BULAN SYAWALAntara tuntutan di bulan Syawal adalah berpuasa enam hari sebagai menambah...
Posted by Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) on Friday, 17 July 2015
Thursday, 16 July 2015
Akses untuk melihat kamera-kamera di lebuh raya.
Bagi merancang perjalanan anda, lihat kamera-kamera
yang disediakan di lebuhraya dalam Malaysia.
Klik di sini.
Sumber : jalanow.com
Wednesday, 15 July 2015
BORANG BALIK KAMPUNG.. CEPAT ISI !!
MUAT TURUN BORANG BALIK KAMPUNG: Orang ramai yang akan meninggalkan rumah sempena cuti Hari Raya Aidilfitri boleh memuat...
Posted by Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police ) on Monday, 13 July 2015
Balik Kampung Tapi Takut Rumah Kena Pecah - Isilah Borang Balik Kampung
PENDUDUK DIGALAKKAN ISI BORANG BALIK KAMPUNG Kepala Batas, 15 Julai - Penduduk di Pulau Pinang yang akanbercuti dan...
Posted by Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police ) on Tuesday, 14 July 2015
Balik Kampung? Nombor-nombor Kecemasan pengendali lebuhraya utama sekiranya berlaku kecemasan
KECEMASAN / KEMALANGAN DIAL 999
Lebuhraya utara selatan
(PLUS) 1800-88-0000
Jambatan pulau pinang(PPSB) 1-300-1-300-03
Lebuhraya selatan hubungan tengah (ELITE) 04-5031 1153
Laluan kedua malaysia-singapura(LINK) 07-2788000
Lebuhraya kuala lumpur-karak(MTD) 03-6195 1111
Lebuhraya kulim-butterworth(KLBK) 04-396 6969
Lebuhraya seremban-port dickson(SPDH) 06-632 3060
Lebuhraya shah alam(KESAS) 03-5633 7188
Lebuhraya cheras-kajang(GRAND SAGA) 03-9075 0505
Lebuhraya damansara-puchong(LITRAK) 03-5632 9222
Lebuhraya sungai besi(BESRAYA) 1800-880-999
Lebuhraya bertingkat ampang(PROLINTAS) 03-4252 3122
Lebuhraya SPRINT03-7960 2000
Lebuhraya hubungan timur barat(METRAMAC) 03-9173 2020
Lebuhraya shahpadu03-3342 0564
Lebuhraya pantai timur(NPE) 1300-88-1010
Lebuhraya sistem lingkaran kajang(SILK) 1800-88-1977
Lebuhraya Pantai Timur-Fasa 109-547 9111
Lebuhraya koridor guthrie(GCE) 03-6038 5052
Lembaga lebuhraya malaysia03-8738 3000
1MOCC03-8000 8000
(PLUS) 1800-88-0000
Jambatan pulau pinang(PPSB) 1-300-1-300-03
Lebuhraya selatan hubungan tengah (ELITE) 04-5031 1153
Laluan kedua malaysia-singapura(LINK) 07-2788000
Lebuhraya kuala lumpur-karak(MTD) 03-6195 1111
Lebuhraya kulim-butterworth(KLBK) 04-396 6969
Lebuhraya seremban-port dickson(SPDH) 06-632 3060
Lebuhraya shah alam(KESAS) 03-5633 7188
Lebuhraya cheras-kajang(GRAND SAGA) 03-9075 0505
Lebuhraya damansara-puchong(LITRAK) 03-5632 9222
Lebuhraya sungai besi(BESRAYA) 1800-880-999
Lebuhraya bertingkat ampang(PROLINTAS) 03-4252 3122
Lebuhraya SPRINT03-7960 2000
Lebuhraya hubungan timur barat(METRAMAC) 03-9173 2020
Lebuhraya shahpadu03-3342 0564
Lebuhraya pantai timur(NPE) 1300-88-1010
Lebuhraya sistem lingkaran kajang(SILK) 1800-88-1977
Lebuhraya Pantai Timur-Fasa 109-547 9111
Lebuhraya koridor guthrie(GCE) 03-6038 5052
Lembaga lebuhraya malaysia03-8738 3000
1MOCC03-8000 8000
Monday, 13 July 2015
Insiden di Lowyat.. Mencari punca..
Punca ada yang kecil ada yang besar.
Ada faktor yang memberi sumbangan. Tapi bukan punca sebenar.
Ada yang menjadi trigger, tetapi hanya trigger. Ada faktor yang lebih besar.
Kita mestilah mencari satu penyelesaian yang menyeluruh. Bukannya penyelesaian yang bersifat sementara. Dalam menyelesaikan masalah yang kompleks dan rumit, punca masalah perlulah dicari.
Jika buku karangan Dr Mahathir, Malay Dilemma mengatakan ketidakseimbangan ekonomi diantara kaum menjadi punca kepada insiden 13 Mei maka apa pula punca sebenar kepada insiden di Low Yat 13 Julai itu.
Satu pandangan berkenaan punca berkenaan boleh dibaca di blog rakan kami di sini.
Ada faktor yang memberi sumbangan. Tapi bukan punca sebenar.
Ada yang menjadi trigger, tetapi hanya trigger. Ada faktor yang lebih besar.
Kita mestilah mencari satu penyelesaian yang menyeluruh. Bukannya penyelesaian yang bersifat sementara. Dalam menyelesaikan masalah yang kompleks dan rumit, punca masalah perlulah dicari.
Jika buku karangan Dr Mahathir, Malay Dilemma mengatakan ketidakseimbangan ekonomi diantara kaum menjadi punca kepada insiden 13 Mei maka apa pula punca sebenar kepada insiden di Low Yat 13 Julai itu.
Satu pandangan berkenaan punca berkenaan boleh dibaca di blog rakan kami di sini.
Sunday, 12 July 2015
Saturday, 11 July 2015
Kerja Dan Rasuah
Sindiket antarabangsa yang mempunyai kepentingan sesuatu bisnes (illegal) dalam negara sudah tentu ingin memastikan kepentingan mereka ini dijaga. Antara usaha mereka ialah dengan menaburkan sejumlah wang ringgit yang besar kepada mereka yang dapat menjaga kepentingan mereka ini.
Ini termasuklah kepada mereka yang menjalankan tugas rasmi memproses dokumen, menguruskan kemasukan dan sebagainya. Oleh itu cabaran dan godaan yang dihadapi dalam alam pekerjaan seperti ini adalah mencabar.
Thursday, 9 July 2015
Fitnah ISIS, Jihad Palsu.
Patutlah boleh membunuh orang Islam sendiri dengan membakar mereka. Satu perbuatan yang dilarang keras Nabi SAW. Satu lagi dengan kejamnya merendam mereka sehingga mati. Inilah fitnah peperangan. Dikhuatiri inilah yang dikatakan Nabi SAW yang membunuh dan dibunuh masuk neraka. Orang kita pula pergi berhijrah ke sana dengan harapan untuk mati syahid. Mati syahid perlukan jihad yang hakiki, bukan jihad palsu.
Wednesday, 8 July 2015
Pasukan Petugas Khas Selesai Siasatan di Pejabat 1MDB
Sebuah trak polis turut dilihat membawa kira-kira 20 kotak yang dipercayai mengandungi dokumen berkaitan daripada...
Posted by Utusan Online on Wednesday, July 8, 2015
Tuesday, 7 July 2015
Menjelang Hari Raya, Perantau Pulang Ke Kampung.
Abam-abam JPAM dan kakak-kakaknya pun akan berkorban hari cuti untuk bertugas mengawal keselamatan awam di jalan raya. Terima kasih atas pengorbanan abang-abang dan kakak-kakak anggota JPAM.
Kasik intro sikit apa itu Jabatan Pertahanan Awam?
Apa fungsi pertahanan awam?
Monday, 6 July 2015
Cari dan Hidupkanlah Malam Qadar
Sabda Rasulullah s.a.w. dalam hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim yang bermaksud: Carilah Malam Lailatul Qadar pada 10 malam terakhir. Dalam hadis yang lain yang telah diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari yang bermaksud: Carilah Malam Lailatul Qadar pada malam ganjil 10 hari yang terakhir. “Sesiapa yang menghidupkan malam Lailatul Qadar dengan penuh keimanan dan mengharapkan pahala, maka diampunkan baginya dosa yang telah lepas” (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Lailatul Qadar adalah Malam Penetapan Kadar Takdir, Malam Diturunkan Al-Quran Secara Sekaligus Ke Langit Dunia, Malam Pengampunan, Malam Kenaikan Pangkat, Malam Yang Tenang dan Malam Ganjil 10 Akhir Ramadhan.
Iktikaf 10 Akhir Ramadan
Daripada Aishah r.a.”Bahawasanya Nabi s.a.w beriktikaf pada sepuluh hari terakhir di bulan Ramadhan, sehinggalah baginda wafat, kemudian para isteri baginda meneruskan amalan beriktikaf selepas kewafatannya”.
Iktikaf bererti berhenti dan berada di dalam masjid, berhenti dari segala urusan dunia, disertai niat untuk berhenti di dalam masjid sambil melakukan amalan seperti membaca al-quran, bertasbih dan sembahyang. Kebiasaannya Nabi Muhammad s.a.w. beriktikaf dengan memasuki masjid mulai petang 19 Ramdahan selepas waktu Asar dan tidak keluar sehinggalah selepas Maghrib hari terakhir Ramadhan. Isteri-isteri Baginda Mulia pula beriktikaf di rumah masing-masing iaitu di tempat yang biasanya mereka bersembahyang.
Jika kita tidak dapat beriktikaf di masjid sepanjang 10 akhir Ramadhan, maka berdoalah agar dipertemukan dengan Lailatul Qadar dan bangunlah beribadat di sepertiga akhir malam.
Apa Yang Perlu Dilakukan Pada Malam Itu (Lailatul Qadar)?
Saturday, 4 July 2015
10 perbandingan Malaysia dan Negara Lain.
Sumber : Whatsapp.
Sekadar berkongsi:
1. Segelintir Rakyat Malaysia mahu Pendidikan percuma seperti di Norway – tetapi Norway mempunyai 25% GST.
2. Segelintir Rakyat Malaysia mahu Tidak ada GST seperti di Hong Kong – tetapi Hong Kong adalah antara negara yang mempunyai ketidaksamarataan pendapatan yang paling tinggi di dunia dengan bacaan indeks Gini 0.537 berbanding dengan bacaan indeks Gini Malaysia iaitu 0.431 pada tahun 2012 (merosot daripada 0.441 pada tahun 2009).
3. Segelintir Rakyat Malaysia mahu Kesamarataan pendapatan yg baik seperti Denmark dengan bacaan indeks Gini 0.21 – tetapi Denmark adalah antara negara yg mempunyai harga petrol tertinggi, 1.50 Euro atau RM 6.32 per liter.
Thursday, 2 July 2015
Persetiaan Persekutuan Negeri Johor
Persoalan sekarang ialah adakah perjanjian 1885 itu masih terpakai kerana kemudiannya pada tahun 1946 telah ada perjanjian baru dengan terma baru. Sekarang ini semua berpegang kepada Perlembagaan Persekutuan dan itulah undang-undang tertinggi terpakai dalam negara. Tidak dinafikan negeri Johor mempunyai syarat-syarat khusus yang dikenakan olehnya bagi membentuk Persekutuan Tanah Melayu tetapi adakah perjanjian tahun 1885 itu masih terpakai? Jawapannya ialah tidak. Ini kerana perjanjian terbaru telah membatalkan perjanjian 1885 itu. Yang kini hanyalah sejarah yang boleh dibaca oleh rakyat Malaysia.
Tuesday, 30 June 2015
Islam tidak ekstrem, bukan ISIS dan juga bukan gay - PM
Sudah tentu cakap PM itu betul, ajaran Islam melarang hubungan sejenis. Perbuatan ini adalah sejenis perbuatan melampau. Sejenis ekstrimism. Walaupun kebiasaannya orang akan mengaitkannya dengan pelampau agama semata-mata.
Sudah tentu ini akan menaikkan kekecewaan mereka yang mendokong LGBT. Juga mereka yang bersekongkol dengan mereka. Satu pihak yang begitu keterlaluan dalam memperjuangkan human right, sehingga keluar daripada batas fitrah kemanusiaan. Sehingga juga keluar daripada tata-susila. Adakah mereka yang hendak memasuki pejabat kerajaan pun boleh hanya memakai seluar dalam sahaja?
Satu pihak lagi hanyut dalam politik kebencian. Kebencian terhadap bangsa sendiri. Politik yang menjatuhkan bangsa sendiri. Sanggup menghina ulama daripada parti sendiri asalkan matlamat politik mereka tercapai. Mereka inilah yang sanggup berkerjasama dengan pihak yang pertama itu.
Apa yang betul itu betul, yang salah itu salah. Kita perjuangkan yang benar.
Saturday, 27 June 2015
Against Act Of Terrorism
In the strongest terms, I condemn the heinous acts of terrorism on innocent civilians in France, Tunisia and Kuwait....
Posted by Najib Razak on Saturday, 27 June 2015
Friday, 26 June 2015
Thursday, 25 June 2015
YANG DAH BAIAH MASUK JEMAAH AYAH WAJIB HADIR!!
Salam jemaah2 ayah...Esok 26.6.2015 bersempena hari anti dadah antarabangsa ayah menggesa pada belia2 bani melayu dan bani mamak agar tidak menghisap dada...kerna menghisap dada ni boleh memusnahkan agama dan bangsa...jika ayah dapati ade jemaah2 ayah yang menghisap dada ayah akan ripot polis..setuju!!!setuju!!!setuju!!!#kipidap #dudebest
Posted by Abdul Rani Kulup Kipidap on Wednesday, 24 June 2015
Wednesday, 24 June 2015
Konspirasi dajal untuk menghilangkan Kapal Kargo Minyak milik Malaysia gagal ?!!
Tapi dengan kecekapan pihak keselamatan kita dapat mematahkan usaha jahat lanun-lanun berkenaan. Soalnya jika ia melibatkan konspirasi dajal maka dah gagallah dajal tu. Kalau betul dah tentu dia bengang gile..
Camana tahap dajal boleh gagal buat konspirasi??!!.
Ini menjatuhkan maruah dajal. Ni yang mendatangkan kemarahan dajal. Ikut riwayatnya dajal keluar sebab dia marah.
Tak tahulah apa sebenarnya. Sebab spekulasi tu sengaja orang buat dengan matawang tu. Itu isu yang dimainkan. Kalau betul nak juga tengok macamana keretapi boleh hilang dari atas landasannya.
Monday, 22 June 2015
Matlamat Puasa
Al-Barqarah [183] Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa.
Matlamat puasa ialah untuk mencapai takwa dan melemahkan nafsu Ammarah (buruk). Untuk mencapai takwa, kenalah berlapar kerana dengan berlapar kita boleh membelenggu dan melemahkan nafsu. Makanan dan minuman menjana darah dan juga nafsu syahwat yang buruk.
“Nafsu manusia itu lebih jahat dari tujuh puluh (70) syaitan”. Syaitan pula akan masuk campur bila nafsu buruk tercetus. Nafsu itu kepunyaan kita, manakala syaitan pula berasal dari bangsa jin.
Al-Kahfi [50] Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Kami berfirman kepada malaikat: Sujudlah kamu kepada Adam; lalu mereka sujud melainkan iblis; dia adalah berasal dari golongan jin…
Rasulullah s.a.w. juga bersabda, sempitkan perjalanan syaitan dalam darah dengan berlapar.Syaitan berjalan dalam badan melalui saluran darah.
Hadith al-Bukhari dan Muslim, “Sesungguhnya syaitan itu bergerak di dalam diri anak Adam melalui saluran darah. Maka sempitkanlah perjalanannya dengan berlapar”.
Syaitan juga ada dalam diri Nabi Muhammad s.a.w. tetapi Baginda berjaya mengawal syaitan itu agar mengikutnya. Menurut hadis Rasulullah tidak terkecuali semua orang itu ada mempunyai syaitan masing-masing. Tanya para sahabat, “sekalipun engkau wahai Rasulullah s.a.w.?” Sabdanya: Sekalipun aku sendiri, tetapi syaitan aku menurut arahanku (patuh dan taat di bawah kuasaku) dan tidak memerintah aku lagi.
Berjayalah orang yang membersihkan nafsunya kerana syaitan hanya masuk campur bila nafsu buruk tercetus. Kerana itu jugalah di bulan Ramadhan syaitan dibelenggu. Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda; “Apabila masuk bulan Ramadhan terbukalah pintu-pintu syurga dan terkuncilah segala pintu neraka manakala sekelian syaitan dirantai dan dibuka segala pintu rahmat.”(Bukhari & Muslim)
Sumber : nasbunnuraini.wordpress.com
Sunday, 21 June 2015
Gov’t to hold roadshows to ‘explain’ 1MDB - FREE Issues like GST and 11MP will also see gov’t light, says Ahmad Maslan
Gov’t to hold roadshows to ‘explain’ 1MDB - FREE Issues like GST and 11MP will also see gov’t light, says Ahmad Maslan. http://owl.li/30iQ5w
Posted by Malaysiakini on Saturday, June 20, 2015
Weak earthquake hits Ranau this afternoon - FREE The Met Dept says its epicentre was at 41km south-west of Beluran
Weak earthquake hits Ranau this afternoon - FREE The Met Dept says its epicentre was at 41km south-west of Beluran. http://owl.li/30iVQS
Posted by Malaysiakini on Sunday, June 21, 2015
Saturday, 20 June 2015
Dulu dan Sekarang : PM dan Almarhum Ayahanda
I was going through some old photos & found these. He was a father I shared w Msia. #HappyFathersDay to all fathers! pic.twitter.com/nIu89pxe5W
— Mohd Najib Tun Razak (@NajibRazak) June 20, 2015
Friday, 19 June 2015
Cerita Sebenar Anwar hadiri mesyuarat luar penjara.
Hari ni kecoh kat laman blog dan media sosial yg DSAI hadiri mesyuarat kat luar penjara. Mcm mana dia boleh keluaq p miting pulakkan sdgkan dia banduan... apa speselnya dia ??? Jab Penjara dah kena kautim ka???
Sebenaqnya, DSAI ni p Wisma Maran tu lps dpt kebenaran Komisioner Jeneral Penjara. Ni pun lps Komisioner pertimbang notis drp Pengerusi JK Tatatertib Peguambela dan Peguamcara psl aduan yg dibuat oleh DSAI. So perbincangan / meeting DSAI ngan Pengerusi JK dibuat kat situ.
Wednesday, 17 June 2015
Antara Realiti dan Persepsi - Pandangan Dato’ Dr Amin Khan - Pengarah NKRA
IS THE CRIME STATISTICS REAL OR MANIPULATED?Crime Index in Malaysia has reduced by 40% in the last 5 years, is it real...
Posted by Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police ) on Wednesday, 17 June 2015
Sunday, 14 June 2015
Friday, 12 June 2015
ASAP BIRU ANEH DARI GUNUNG KINABALU
Gmbr terbaru gunung kinabalu awal td pg...kepulan asap biru kluar dr puncak gunung kinabalu...tnda2 apa kah itu??...
Posted by Alina Ensui on Thursday, 11 June 2015
Sabah Ranau 5.1 Pagi Tadi.
A weak earthquake has occurred at 02:25am on 13/06/15, 6.1N 116.6E with magnitude 3.9 depth 10km, Ranau. 14km Northwest of Ranau,Sabah. Tremors felt in Ranau. MMD
Posted by Malaysian Meteorological Department on Friday, 12 June 2015
Thursday, 11 June 2015
Respon MKN Kepada Tuduhan Pasukan Penyelamat Malaysia Dalam Ops Kinabalu
SABAH EARTHQUAKE : ASSUMPTIONS, ALLEGATIONS, ACCUSATIONS
On the 5th of June 2015 Malaysia woke up to the tragedy of the Sabah Earthquake. A 5.9 magnitude earthquake that lasted 30 seconds hit Ranau, Sabah. However, the devastating loss that the earthquake caused lasted longer. At least 18 people died on Mount Kinabalu, while 137 were trapped on the Mountain before being rescued.
Social media has been flooded with prayers and condolences for the victims of the Sabah earthquake. One article, specifically written by an Australian Vee Jin Dumlao has gone viral. She recounts her harrowing experience being trapped on Mount Kinabalu, her guide who led her group to safety, and her condemnation of the rescue team for their supposedly slow response.
Miss Dumlao’s traumatic experience may have clouded her judgement on the actual efforts undertaken on the ground.
Monday, 8 June 2015
Salut Untuk Pasukan Penyelamat Negara - Ops Kinabalu
Dalam usaha menyelamat mangsa-mangsa yang terperangkap di atas Gunung Kinabalu atau di Ranau, Kundasang Sabah itu pasukan penyelamat terpaksa menempuh pelbagai rintangan.
Bagi menyelamatkan nyawa orang lain, nyawa mereka sendiri dipertaruhkan. Mungkin ada yang mengatakan, itu sudah menjadi tugas mereka. Memanglah ianya menjadi tugas mereka tetapi mereka juga mempunyai keluarga, anak-anak yang menanti di rumah.
Mereka melakukannya kerana minat dalam menceburi kerjaya penyelamat seperti JPAM, STORM, SMART, Tentera dan lain-lainnya. Mereka juga menyara keluarga dengan pendapatan mereka sebagai ahli pasukan penyelamat itu.
Mereka sendiri tidak mahu kehilangan nyawa atau mendapat kecederaan daripada usaha menyelamat yang dilakukan. Oleh itu dalam usaha menyelamat pengiraan risiko adalah penting. Usaha menyelamat hanya dapat dilakukan jika risiko yang dihadapi tidak membahayakan diri anggota pasukan penyelamat.
Pengalaman Satriasiber berbual dengan anggota penyelamat turut mungkin boleh dikongsikan bagi tatapan bersama.
Saturday, 6 June 2015
Luahan Pengerusi SukaGuam berkenaan isu penangguhan program Dialog PM bersama NGO sehingga mencemarkan imej banyak pihak.
1. Sebelum penganjuran program Dialog PM bersama NGO, kami telah bertemu dengan sekurang-kurangnya 3 Pegawai Kanan DS Najib di Putrajaya yang sangat positif dan mahukan program ini mencapai matlamatnya. Malah, idea awal program ini juga adalah hasil perbincangan dua hala antara penganjur & beberapa pegawai kanan DS Najib termasuk seorang pegawai kanan yang dipertanggungjawabkan menyelaras program ini bersama-sama. Justeru, adalah kurang adil jika SukaGuam selaku penganjur serta beberapa pihak lain yang membantu kami dijadikan kambing hitam (scapegoat) serta dijadikan bahan tohmahan.
2. Kami percaya, keadaan akan menjadi sebaliknya (penganjur tidak akan dipersalahkan) jika program Dialog yang dirancang semalam, tidak 'diganggu' secara berlebihan oleh pegawai berkenaan (dan sekutunya).
Subscribe to:
Posts (Atom)















