Al-Barqarah [183] Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa.
Matlamat puasa ialah untuk mencapai takwa dan melemahkan nafsu Ammarah (buruk). Untuk mencapai takwa, kenalah berlapar kerana dengan berlapar kita boleh membelenggu dan melemahkan nafsu. Makanan dan minuman menjana darah dan juga nafsu syahwat yang buruk.
“Nafsu manusia itu lebih jahat dari tujuh puluh (70) syaitan”. Syaitan pula akan masuk campur bila nafsu buruk tercetus. Nafsu itu kepunyaan kita, manakala syaitan pula berasal dari bangsa jin.
Al-Kahfi [50] Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Kami berfirman kepada malaikat: Sujudlah kamu kepada Adam; lalu mereka sujud melainkan iblis; dia adalah berasal dari golongan jin…
Rasulullah s.a.w. juga bersabda, sempitkan perjalanan syaitan dalam darah dengan berlapar.Syaitan berjalan dalam badan melalui saluran darah.
Hadith al-Bukhari dan Muslim, “Sesungguhnya syaitan itu bergerak di dalam diri anak Adam melalui saluran darah. Maka sempitkanlah perjalanannya dengan berlapar”.
Syaitan juga ada dalam diri Nabi Muhammad s.a.w. tetapi Baginda berjaya mengawal syaitan itu agar mengikutnya. Menurut hadis Rasulullah tidak terkecuali semua orang itu ada mempunyai syaitan masing-masing. Tanya para sahabat, “sekalipun engkau wahai Rasulullah s.a.w.?” Sabdanya: Sekalipun aku sendiri, tetapi syaitan aku menurut arahanku (patuh dan taat di bawah kuasaku) dan tidak memerintah aku lagi.
Berjayalah orang yang membersihkan nafsunya kerana syaitan hanya masuk campur bila nafsu buruk tercetus. Kerana itu jugalah di bulan Ramadhan syaitan dibelenggu. Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda; “Apabila masuk bulan Ramadhan terbukalah pintu-pintu syurga dan terkuncilah segala pintu neraka manakala sekelian syaitan dirantai dan dibuka segala pintu rahmat.”(Bukhari & Muslim)
Sumber : nasbunnuraini.wordpress.com
No comments:
Post a Comment