Sudah tentu cakap PM itu betul, ajaran Islam melarang hubungan sejenis. Perbuatan ini adalah sejenis perbuatan melampau. Sejenis ekstrimism. Walaupun kebiasaannya orang akan mengaitkannya dengan pelampau agama semata-mata.
Sudah tentu ini akan menaikkan kekecewaan mereka yang mendokong LGBT. Juga mereka yang bersekongkol dengan mereka. Satu pihak yang begitu keterlaluan dalam memperjuangkan human right, sehingga keluar daripada batas fitrah kemanusiaan. Sehingga juga keluar daripada tata-susila. Adakah mereka yang hendak memasuki pejabat kerajaan pun boleh hanya memakai seluar dalam sahaja?
Satu pihak lagi hanyut dalam politik kebencian. Kebencian terhadap bangsa sendiri. Politik yang menjatuhkan bangsa sendiri. Sanggup menghina ulama daripada parti sendiri asalkan matlamat politik mereka tercapai. Mereka inilah yang sanggup berkerjasama dengan pihak yang pertama itu.
Apa yang betul itu betul, yang salah itu salah. Kita perjuangkan yang benar.
No comments:
Post a Comment