Thursday, 30 July 2015
Tuesday, 28 July 2015
Mencari di mana wang 1MDB.
SENARAI PENUH KABINET BARU - 28 JULAI 2015
Berikut adalah senarai penuh kabinet Malaysia selepas rombakan yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri pada 28 Julai 2015.
Perdana Menteri - Datuk Seri Najib Tun Razak
Timbalan Perdana Menteri - Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
Menteri di Jabatan Perdana Menteri
- Datuk Mah Siew Keong
- Datuk Seri Jamil Khir Baharom
- Datuk Seri Idris Jala
- Tan Sri Joseph Kurup
- Nancy Shukri
- Datuk Seri Abdul Wahid Omar
- Datuk Dr Wee Ka Siong
- Datuk Seri Azalina Othman Said
- Datuk Joseph Entulu Anak Belaun
- Datuk Seri Shahidan Kassim
- Datuk Paul Low Seng Kuan
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri
- Datuk Razali Ibrahim
- Datuk Dr Asyraf Wajdi Dasuki (Hal Ehwal Agama)
Menteri Kewangan - Datuk Seri Najib Tun Razak
Menteri Kewangan II - Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah
Timbalan Menteri Kewangan
- Datuk Chua Tee Yong
- Datuk Johari Abdul Ghani
Menteri Dalam Negeri - Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
Timbalan Menteri Dalam Negeri
- Datuk Nur Jazlan Mohamed
- Masir Anak Kujat
Menteri Pengangkutan - Datuk Seri Liow Tiong Lai
Timbalan Menteri Pengangkutan - Datuk Ab Aziz Kaprawi
Menteri Kesihatan - Datuk Seri Dr S. Subramaniam
Timbalan Menteri Kesihatan - Datuk Seri Dr Hilmi Yahya
Menteri Pelancongan - Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Timbalan Menteri Pelancongan - Datuk Mas Ermieyati Samsudin
Menteri Pertahanan - Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein
Timbalan Menteri Pertahanan - Datuk Mohd Johari Baharum
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri - Datuk Seri Mustapa Mohamed
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri II - Datuk Seri Ong Ka Chuan
Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri
- Datuk Ahmad Maslan
- Senator Datuk Lee Chee Leong
Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air - Datuk Seri Dr Maximus James Ongkili
Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan AIr - Datuk Seri Dr James Dawos Mamit
Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi - Datuk Amar Douglas Unggah Embas
Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi - Datuk Noriah Kasnon
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani - Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek
Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani - Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman
Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah - Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob
Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah
- Datuk Alexander Nanta Linggi
- Datuk Ahmad Jazlan Yaakub
Menteri Luar - Datuk Seri Anifah Aman
Timbalan Menteri Luar - Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican
Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Datuk Abdul Rahman Dahlan
Timbalan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Datuk Halimah Mohd Sadique
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan - Datuk Hamzah Zainudin
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan - Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah
Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar - Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar - Datuk Hamim Samuri
Menteri Pendidikan - Datuk Seri Mahdzir Khalid
Timbalan Menteri Pendidikan
- P. Kamalanathan
- Chong Sin Woon
Menteri Komunikasi dan Multimedia - Datuk Seri Dr Mohd Salleh Said Keruak
Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia - Datuk Jailani Johari
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi - Datuk Wilfred Madius Tangau
Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi - Datuk Dr Abu Bakar Mohamad Diah
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Datuk Seri Rohani Abdul Karim
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
- Datuk Azizah Mohd Dun
- Datin Paduka Chew Mei Fun
Menteri Kerja Raya - Datuk Seri Fadillah Yusof
Timbalan Menteri Kerja Raua - Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin
Menteri Sumber Manusia - Datuk Seri Richard Riot Anak Jaem
Timbalan Menteri Sumber Manusia - Datuk Seri Ismail Muttalib
Menteri Wilayah Persekutuan - Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor
Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan - Datuk Dr J. Loga Bala Mohan
Menteri Pengajian Tinggi - Datuk Seri Idris Jusoh
Timbalan menteri Pengajian Tinggi - Datuk Mary Yap Ken Jin
Menteri Belia dan Sukan - Khairy Jamaluddin Abu Bakar
Timbalan Menteri Belia dan Sukan - Datuk M. Saravanan
KENYATAAN MEDIA YAB PERDANA MENTERI MENGENAI ROMBAKAN KABINET
KENYATAAN MEDIA
YAB PERDANA MENTERI
MENGENAI ROMBAKAN KABINET
Adalah dimaklumkan bahawa selaras dengan perenggan (b) Fasal (2) Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan mengenai pelantikan Menteri Persekutuan dan Fasal (1) Perkara 43A mengenai pelantikan Timbalan Menteri Persekutuan, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah memperkenankan pelantikan berikut:
Menteri Persekutuan:
(i) YB Datuk Wilfred Madius Tangau;
(ii) YB Dato’ Hamzah bin Zainudin;
(iii) YB Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar;
(iv) YB Dato’ Seri Mahdzir bin Khalid;
(v) YB Dato’ Sri Azalina binti Dato’ Othman Said;
(vi) YB Datuk Seri Ong Ka Chuan; dan
(vii) YB Senator Datuk Seri Panglima Dr. Mohd. Salleh bin Tun Said Keruak
(Yang di-Pertuan Agong telah memperkenankan pelantikan YB Senator Datuk Seri Panglima Dr. Mohd. Salleh bin Tun Said Keruak sebagai Ahli Dewan Negara dan beliau akan mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara dalam masa terdekat).
Timbalan Menteri Persekutuan:
YB Dato’ Wira Mohd Johari bin Baharum;
YB Datuk Mas Ermieyati Samsudin;
YB Datuk Nur Jazlan bin Mohamed;
YB Senator Dato’ Dr. Asyraf Wajdi bin Dato' Dusuki;
(v) YB Senator Tuan Chong Sin Woon;
(vi) YB Dato' Seri Reezal Merican bin Naina Merican;
(vii) YB Datuk Ahmad Jazlan bin Yaakob;
(viii) YB Tuan Masir anak Kujat; dan
(ix) YB Dato’ Johari bin Abdul Ghani.
Rombakan Kabinet hari ini dibuat bagi tujuan memperkukuhkan lagi barisan Jemaah Menteri dalam kita menghadapi cabaran menguruskan negara sebelum Pilihanraya Umum yang ke-14.
Keputusan saya menggantikan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan YAB Dato’ Seri Ahmad Zahid Hamidi, menggugurkan empat orang Menteri dan seorang Timbalan Menteri serta perubahan portfolio,dibuat setelah mengambil kira pertimbangan politik dan kepentingan pentabiran
Ini bagi memastikan pentadbiran di bawah saya terus komited, sentiasa fokus kepada usaha pembangunan negara sebagaimana yang telah dijanjikan oleh Kerajaan Barisan Nasional kepada rakyat pada pilihan raya umum yang ke-13.
Bagi tujuan ini, Jemaah Menteri perlu bertindak sebagai satu pasukan yang jitu dalam apa jua keadaan, melangsungkan agenda pembangunan Negara serta menguruskan isu-isu Negara yang berbangkit agar dapat bertindak dengan berkesan.
Saya boleh menerima perbezaan pendapat dan kritikan sebagai sebahagian dari proses dalam membuat keputusan. Namun, sebagai anggota Kabinet, perbezaan pendapat dan pandangan tidak sepatutnya dilakukan di forum terbuka yang boleh menjejaskan pandangan umum terhadap Kerajaan serta Negara. Ia juga bertentangan dengan konsep tanggungjawab bersama Kabinet (collective responsibility).
Keputusan menggantikan Tan Sri Muhyiddin merupakan satu keputusan yang amat sukar, tetapi terpaksa saya lakukan agar Jemaah Menteri dapat bergerak sebagai satu pasukan yang jitu.
Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas khidmat bakti yang telah dicurahkan oleh Tan Sri Muhyiddin. Begitu juga oleh Menteri dan Timbalan Menteri yang kini tidak lagi bersama saya di dalam pentadbiran Kerajaan.
Insha-Allah, saya yakin senarai Kabinet yang baru ini dapat meneruskan hasrat Kerajaan untuk menjayakan segala perancangan yang telah dijanjikan dan meningkatkan keyakinan serta sokongan rakyat kepada Kerajaan Barisan Nasional.
Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah juga memperkenankan Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia di hadapan Baginda diadakan pada Rabu, 29 Julai 2015, jam 10 pagi di Istana Negara, Kuala Lumpur.
Perdana Menteri
Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak
28 Julai 2015
Friday, 24 July 2015
Wednesday, 22 July 2015
LUAHAN RASA MP MERSING YB DATUK DR HJ ABD LATIFF HJ AHMAD
LUAHAN RASA MP MERSING YB DATUK DR HJ ABD LATIFF HJ AHMAD ~ UNTUK DIKONGSI BERSAMA RAKAN RAKAN..
BACA DAN FIKIR2KAN
Apabila saya melihat poster2 yang mengajak rakyat berhimpun untuk menjatuhkan PM dan kerajaan, saya ingin berkongsi dengan sahabat2 MT pandangan saya yang saya hantar kepada sebuah Blog NGO empat bulan lalu.
Pandangan ini dalam TIGA BAHAGIAN. Jika tidak relevant, boleh di padam. Maaf panjang sedikit.
BAHAGIAN 1
Kita boleh 'salute' DAP yang mahu pimpinan Negara yang kini di kuasai oleh ORANG MELAYU (UMNO menguasai BN) di TUKAR kepada campuran DAP/PJR/PAS di mana DAP YANG BERKUASA. DAP tahu parti mereka lebih 'advance' dari segi Ilmu, Kepakaran, Kepimpinan dan Networking dalam campuran Pembangkang.
Semasa campuran Pembangkang memerintah Perak selepas PRU-12 (tahun 2008), rakyat Melayu dapat merasa bahang kuasa DAP. Walaupun MB daripada PAS di bantu 4 EXCO Melayu dari PKR serta PAS, dan memerintah hanya 11 bulan:-
Saturday, 18 July 2015
The Bias of Amnesty International - Anwar Ibrahim as prisoner of conscience.
How did Amnesty categorise Anwar Ibrahim as prisoner of conscience?
Some opposition media insist Malaysia Government to treat Anwar Ibrahim as so called "prisoner of conscience" since such status had been given by Amnesty International. Claiming that Anwar Ibrahim suppose to be treated with house arrest, the same status that Aung San Su Chi enjoys.
Now, a question raised. What is the criteria that make him eligible to such status?
Wikipedia names some of the criteria as such:
..anyone imprisoned because of their race, sexual orientation, religion, or political views.
|
It seems that one who is sentenced by court of law because of sexual orientation, for example a gay or a person who has acted lewd action can be considered to be listed down as "prisoner of conscience".
So which one is the exact criteria that has become the main reason that he is selected for prisoner of conscience status?
Puasa 6
SUNAT BERPUASA ENAM HARI DI BULAN SYAWALAntara tuntutan di bulan Syawal adalah berpuasa enam hari sebagai menambah...
Posted by Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) on Friday, 17 July 2015
Thursday, 16 July 2015
Akses untuk melihat kamera-kamera di lebuh raya.
Bagi merancang perjalanan anda, lihat kamera-kamera
yang disediakan di lebuhraya dalam Malaysia.
Klik di sini.
Sumber : jalanow.com
Wednesday, 15 July 2015
BORANG BALIK KAMPUNG.. CEPAT ISI !!
MUAT TURUN BORANG BALIK KAMPUNG: Orang ramai yang akan meninggalkan rumah sempena cuti Hari Raya Aidilfitri boleh memuat...
Posted by Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police ) on Monday, 13 July 2015
Balik Kampung Tapi Takut Rumah Kena Pecah - Isilah Borang Balik Kampung
PENDUDUK DIGALAKKAN ISI BORANG BALIK KAMPUNG Kepala Batas, 15 Julai - Penduduk di Pulau Pinang yang akanbercuti dan...
Posted by Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police ) on Tuesday, 14 July 2015
Balik Kampung? Nombor-nombor Kecemasan pengendali lebuhraya utama sekiranya berlaku kecemasan
KECEMASAN / KEMALANGAN DIAL 999
Lebuhraya utara selatan
(PLUS) 1800-88-0000
Jambatan pulau pinang(PPSB) 1-300-1-300-03
Lebuhraya selatan hubungan tengah (ELITE) 04-5031 1153
Laluan kedua malaysia-singapura(LINK) 07-2788000
Lebuhraya kuala lumpur-karak(MTD) 03-6195 1111
Lebuhraya kulim-butterworth(KLBK) 04-396 6969
Lebuhraya seremban-port dickson(SPDH) 06-632 3060
Lebuhraya shah alam(KESAS) 03-5633 7188
Lebuhraya cheras-kajang(GRAND SAGA) 03-9075 0505
Lebuhraya damansara-puchong(LITRAK) 03-5632 9222
Lebuhraya sungai besi(BESRAYA) 1800-880-999
Lebuhraya bertingkat ampang(PROLINTAS) 03-4252 3122
Lebuhraya SPRINT03-7960 2000
Lebuhraya hubungan timur barat(METRAMAC) 03-9173 2020
Lebuhraya shahpadu03-3342 0564
Lebuhraya pantai timur(NPE) 1300-88-1010
Lebuhraya sistem lingkaran kajang(SILK) 1800-88-1977
Lebuhraya Pantai Timur-Fasa 109-547 9111
Lebuhraya koridor guthrie(GCE) 03-6038 5052
Lembaga lebuhraya malaysia03-8738 3000
1MOCC03-8000 8000
(PLUS) 1800-88-0000
Jambatan pulau pinang(PPSB) 1-300-1-300-03
Lebuhraya selatan hubungan tengah (ELITE) 04-5031 1153
Laluan kedua malaysia-singapura(LINK) 07-2788000
Lebuhraya kuala lumpur-karak(MTD) 03-6195 1111
Lebuhraya kulim-butterworth(KLBK) 04-396 6969
Lebuhraya seremban-port dickson(SPDH) 06-632 3060
Lebuhraya shah alam(KESAS) 03-5633 7188
Lebuhraya cheras-kajang(GRAND SAGA) 03-9075 0505
Lebuhraya damansara-puchong(LITRAK) 03-5632 9222
Lebuhraya sungai besi(BESRAYA) 1800-880-999
Lebuhraya bertingkat ampang(PROLINTAS) 03-4252 3122
Lebuhraya SPRINT03-7960 2000
Lebuhraya hubungan timur barat(METRAMAC) 03-9173 2020
Lebuhraya shahpadu03-3342 0564
Lebuhraya pantai timur(NPE) 1300-88-1010
Lebuhraya sistem lingkaran kajang(SILK) 1800-88-1977
Lebuhraya Pantai Timur-Fasa 109-547 9111
Lebuhraya koridor guthrie(GCE) 03-6038 5052
Lembaga lebuhraya malaysia03-8738 3000
1MOCC03-8000 8000
Monday, 13 July 2015
Insiden di Lowyat.. Mencari punca..
Punca ada yang kecil ada yang besar.
Ada faktor yang memberi sumbangan. Tapi bukan punca sebenar.
Ada yang menjadi trigger, tetapi hanya trigger. Ada faktor yang lebih besar.
Kita mestilah mencari satu penyelesaian yang menyeluruh. Bukannya penyelesaian yang bersifat sementara. Dalam menyelesaikan masalah yang kompleks dan rumit, punca masalah perlulah dicari.
Jika buku karangan Dr Mahathir, Malay Dilemma mengatakan ketidakseimbangan ekonomi diantara kaum menjadi punca kepada insiden 13 Mei maka apa pula punca sebenar kepada insiden di Low Yat 13 Julai itu.
Satu pandangan berkenaan punca berkenaan boleh dibaca di blog rakan kami di sini.
Ada faktor yang memberi sumbangan. Tapi bukan punca sebenar.
Ada yang menjadi trigger, tetapi hanya trigger. Ada faktor yang lebih besar.
Kita mestilah mencari satu penyelesaian yang menyeluruh. Bukannya penyelesaian yang bersifat sementara. Dalam menyelesaikan masalah yang kompleks dan rumit, punca masalah perlulah dicari.
Jika buku karangan Dr Mahathir, Malay Dilemma mengatakan ketidakseimbangan ekonomi diantara kaum menjadi punca kepada insiden 13 Mei maka apa pula punca sebenar kepada insiden di Low Yat 13 Julai itu.
Satu pandangan berkenaan punca berkenaan boleh dibaca di blog rakan kami di sini.
Sunday, 12 July 2015
Saturday, 11 July 2015
Kerja Dan Rasuah
Sindiket antarabangsa yang mempunyai kepentingan sesuatu bisnes (illegal) dalam negara sudah tentu ingin memastikan kepentingan mereka ini dijaga. Antara usaha mereka ialah dengan menaburkan sejumlah wang ringgit yang besar kepada mereka yang dapat menjaga kepentingan mereka ini.
Ini termasuklah kepada mereka yang menjalankan tugas rasmi memproses dokumen, menguruskan kemasukan dan sebagainya. Oleh itu cabaran dan godaan yang dihadapi dalam alam pekerjaan seperti ini adalah mencabar.
Thursday, 9 July 2015
Fitnah ISIS, Jihad Palsu.
Patutlah boleh membunuh orang Islam sendiri dengan membakar mereka. Satu perbuatan yang dilarang keras Nabi SAW. Satu lagi dengan kejamnya merendam mereka sehingga mati. Inilah fitnah peperangan. Dikhuatiri inilah yang dikatakan Nabi SAW yang membunuh dan dibunuh masuk neraka. Orang kita pula pergi berhijrah ke sana dengan harapan untuk mati syahid. Mati syahid perlukan jihad yang hakiki, bukan jihad palsu.
Wednesday, 8 July 2015
Pasukan Petugas Khas Selesai Siasatan di Pejabat 1MDB
Sebuah trak polis turut dilihat membawa kira-kira 20 kotak yang dipercayai mengandungi dokumen berkaitan daripada...
Posted by Utusan Online on Wednesday, July 8, 2015
Tuesday, 7 July 2015
Menjelang Hari Raya, Perantau Pulang Ke Kampung.
Abam-abam JPAM dan kakak-kakaknya pun akan berkorban hari cuti untuk bertugas mengawal keselamatan awam di jalan raya. Terima kasih atas pengorbanan abang-abang dan kakak-kakak anggota JPAM.
Kasik intro sikit apa itu Jabatan Pertahanan Awam?
Apa fungsi pertahanan awam?
Monday, 6 July 2015
Cari dan Hidupkanlah Malam Qadar
Sabda Rasulullah s.a.w. dalam hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim yang bermaksud: Carilah Malam Lailatul Qadar pada 10 malam terakhir. Dalam hadis yang lain yang telah diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari yang bermaksud: Carilah Malam Lailatul Qadar pada malam ganjil 10 hari yang terakhir. “Sesiapa yang menghidupkan malam Lailatul Qadar dengan penuh keimanan dan mengharapkan pahala, maka diampunkan baginya dosa yang telah lepas” (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Lailatul Qadar adalah Malam Penetapan Kadar Takdir, Malam Diturunkan Al-Quran Secara Sekaligus Ke Langit Dunia, Malam Pengampunan, Malam Kenaikan Pangkat, Malam Yang Tenang dan Malam Ganjil 10 Akhir Ramadhan.
Iktikaf 10 Akhir Ramadan
Daripada Aishah r.a.”Bahawasanya Nabi s.a.w beriktikaf pada sepuluh hari terakhir di bulan Ramadhan, sehinggalah baginda wafat, kemudian para isteri baginda meneruskan amalan beriktikaf selepas kewafatannya”.
Iktikaf bererti berhenti dan berada di dalam masjid, berhenti dari segala urusan dunia, disertai niat untuk berhenti di dalam masjid sambil melakukan amalan seperti membaca al-quran, bertasbih dan sembahyang. Kebiasaannya Nabi Muhammad s.a.w. beriktikaf dengan memasuki masjid mulai petang 19 Ramdahan selepas waktu Asar dan tidak keluar sehinggalah selepas Maghrib hari terakhir Ramadhan. Isteri-isteri Baginda Mulia pula beriktikaf di rumah masing-masing iaitu di tempat yang biasanya mereka bersembahyang.
Jika kita tidak dapat beriktikaf di masjid sepanjang 10 akhir Ramadhan, maka berdoalah agar dipertemukan dengan Lailatul Qadar dan bangunlah beribadat di sepertiga akhir malam.
Apa Yang Perlu Dilakukan Pada Malam Itu (Lailatul Qadar)?
Saturday, 4 July 2015
10 perbandingan Malaysia dan Negara Lain.
Sumber : Whatsapp.
Sekadar berkongsi:
1. Segelintir Rakyat Malaysia mahu Pendidikan percuma seperti di Norway – tetapi Norway mempunyai 25% GST.
2. Segelintir Rakyat Malaysia mahu Tidak ada GST seperti di Hong Kong – tetapi Hong Kong adalah antara negara yang mempunyai ketidaksamarataan pendapatan yang paling tinggi di dunia dengan bacaan indeks Gini 0.537 berbanding dengan bacaan indeks Gini Malaysia iaitu 0.431 pada tahun 2012 (merosot daripada 0.441 pada tahun 2009).
3. Segelintir Rakyat Malaysia mahu Kesamarataan pendapatan yg baik seperti Denmark dengan bacaan indeks Gini 0.21 – tetapi Denmark adalah antara negara yg mempunyai harga petrol tertinggi, 1.50 Euro atau RM 6.32 per liter.
Thursday, 2 July 2015
Persetiaan Persekutuan Negeri Johor
Persoalan sekarang ialah adakah perjanjian 1885 itu masih terpakai kerana kemudiannya pada tahun 1946 telah ada perjanjian baru dengan terma baru. Sekarang ini semua berpegang kepada Perlembagaan Persekutuan dan itulah undang-undang tertinggi terpakai dalam negara. Tidak dinafikan negeri Johor mempunyai syarat-syarat khusus yang dikenakan olehnya bagi membentuk Persekutuan Tanah Melayu tetapi adakah perjanjian tahun 1885 itu masih terpakai? Jawapannya ialah tidak. Ini kerana perjanjian terbaru telah membatalkan perjanjian 1885 itu. Yang kini hanyalah sejarah yang boleh dibaca oleh rakyat Malaysia.
Subscribe to:
Posts (Atom)

