Sindiket antarabangsa yang mempunyai kepentingan sesuatu bisnes (illegal) dalam negara sudah tentu ingin memastikan kepentingan mereka ini dijaga. Antara usaha mereka ialah dengan menaburkan sejumlah wang ringgit yang besar kepada mereka yang dapat menjaga kepentingan mereka ini.
Ini termasuklah kepada mereka yang menjalankan tugas rasmi memproses dokumen, menguruskan kemasukan dan sebagainya. Oleh itu cabaran dan godaan yang dihadapi dalam alam pekerjaan seperti ini adalah mencabar.
Janganlah disebabkan keinginan untuk hidup mewah dan merasa duit banyak sesetengah orang memohon untuk masuk ke agensi kerajaan tertentu semata-mata untuk terlibat dalam sindiket seperti ini. Antaranya kerana terpengaruh dengan rakan-rakan yang mendapat habuan kerana terlibat dengan sindiket. Kerja-kerja seperti ini sepatutnya dilakukan demi tugas kepada negara dan dijalankan dengan amanah serta jujur.
Jika hendak kaya atau banyak duit, jalankanlah perniagaan sendiri yang sah. Mengambil jalan singkat seperti ini hanya mengakibatkan keburukan semata-mata. Akhirnya mereka akan dicekup oleh pihak berkuasa dan berakhir di dalam penjara.
No comments:
Post a Comment