Sunday, 31 May 2015

V Sivakumar minta JPN kurangkan birokrasi ?


V Sivakumar minta JPN kurangkan birokrasi dalam proses pemberian kewarganegaraan. 
Dia cakap sehingga Jun 2014 ada 2,700 permohonan tertangguh. 

Agak-agak Sivakumar tau tak yang kes tetangguh ni kebanyakan puncanya disebabkan dokumen tak lengkap?

Kerenah birokrasi hapenye kalau sebenarnya JPN diberikan info yang tidak cukup untuk memproses dan membuat keputusan. 

Ini adalah berkaitan isu sensitif pemberian kewarganegaraan yang sama sekali tidak boleh diambil mudah. Tak tau la pulak kalau V Sivakumar tak kisah nak bagi kewarganegaraan walaupun dokumen tak lengkap!



Saturday, 30 May 2015

From the pointing fingers perspective of international news. "Malaysia: Jungle Camps where traffickers raped and killed"

*This video contains some disturbing images* The BBC's Ian Pannell and cameraman Darren Conway went to migrant camps on Malaysia's border, where traffickers abused and killed Rohingya Muslims.

Posted by BBC World News on Saturday, May 30, 2015

Wednesday, 27 May 2015

SEBAB KENAPA KUBUR ROHINGYA BARU DIJUMPAI DI MALAYSIA




27 Mei 2015 - Parlimen membahaskan mengenai penemuan kubur dipercayai milik mangsa pemerdagangan orang di Wang Kerian, Perlis berdekatan sempadan Thailand petang tadi. Timbalan Menteri Dalam Negeri, Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar menyatakan bahawa kawasan perkuburan tersebut terletak di kawasan yang tersorok dan sukar diakses melalui kawasan Malaysia disebabkan bentu muka bumi di sana. KPN juga sebelum ini telah menyatakan bahawa anggotanya terpaksa berjalan sejauh 3 jam melalui kawasan Thailand untuk ke kawasan berkenaan memandangkan ianya tidak dapat diakses dari Malaysia. 
Memandangkan lokasi dan keadaan bentuk muka bumi yang sedemikian rupa, maka ia telah menyukarkan pihak berkuasa di sempadan untuk mengesan kawasan kem pemerdagangan org tersebut kerana tiada rondaan boleh dibuat di sana tanpa menerusi kawasan Thailand.

Walaupun berita penemuan ini mmg mengejutkan pelbagai pihak di Malaysia, namun pada masa yang sama kita juga perlu rational di dalam membuat penilaian. Tidak dinafikan bahawa penemuan ini menunjukkan ada kelopongan yang boleh ditambah baik, namun kita juga perlu faham bahawa untuk menjaga sempadan Malaysia-Thailand yang panjang itu bukan satu perkara yang mudah dengan keadaan bentuk muka bumi yang amat-amat mencabar. Orang yang x pernah ke sempadan mmg xkan faham keadaannya. Banyak kawasan yang bergunung-ganang, curam dan hutan dara yang tebal di sepanjang kawasan sempadan tersebut menyukarkan rondaan dibuat dengan menyeluruh sehingga ke betul-betul di atas garis sempadan. Tambah lagi, byk lagi kawasan sempadan yang masih dalam pertikaian antara Malaysia-Thailand jadi bukan boleh suka2 hati je. Faktor2 ni menyebabkan pengawasan sehingga betul2 tepat di garis sempadan adalah mustahil untuk kedua-dua belah pihak Malaysia dan Thailand.

Dalam kes ni, kubur dan kem yang ditemui terletak kira2 400m melepasi garis sempadan Malaysia yang mana ianya mudah diakses dari Thailand tetapi tersorok dan x dpt diakses dari Malaysia. Sindiket ni bukannya tau mana garis sempadan, dia anggap je bende tu masih di dalam kawasan Thailand sebab bentuk muka bumi dia camtu. 

Jadi, kita x boleh salahkan pihak berkuasa bulat-bulat bila bende ni berlaku. mmg ada bende yg boleh ditambah baik dan kejadian seumpama ni boleh dijadikan iktibar untuk penambahbaikan akan dtg. Difahamkan juga krjn sedang dalam usaha untuk membina pagar sempadan bagi menangani jenayah-jenayah rentas sempadan ni. Tp kita faham bahawa projek yang akan makan kos yang amat besar ini perlukan kajian terperinci supaya duit yang digunakan tersebut betul2 memberi manfaat kepada rakyat. Walau bagaimanpun, sekiranya ada anggota keselamatan yang bersengkokol, maka wajib dikenakan tindakan undang-undang yang amat berat terhadap mereka ini. Mereka perlu dikesan sehingga ke lubang cacing.

Tuesday, 26 May 2015

Balik !!!! Joshua Wong !!!!!

Tahniah KDN / JIM dalam ketegasan menghalang Joshua Wong atau Wong Chi Fung ke Malaysia. 

Beliau yang tersenarai dalam golongan orang-orang yang tidak dibenarkan masuk ke dalam Negara telah tiba di LTA Pulau Pinang jam lebih kurang 11.50 pagi 26 mei 2015.

Joshua Wong merupakan pengasas Umbrella Revolution yang baru berumur 18 tahun dan telah tesenarai sebagai 'Top 50 The Most Influential Leader by Time Magazine'. 

Dikabarkan satu program perjumpaan antara beliau dan kumpulan anak muda telah diaturkan pada 30 Mei ini di Bangi.

Elok lah dihantar pulang orang sebegini daripada ideologi terlampau yang beliau bawa meresap ke pemikiran anak bangsa kita.


Monday, 25 May 2015

Perdana Menteri turut mengambil berat terhadap penemuan kubur besar di kawasan Malaysia dekat Sempadan Thailand

Perdana Menteri berkata, beliau memandang berat terhadap penemuan kubur besar yang terletak di kawasan Malaysia dekat sempadan Thailand #utusanmalaysia

Posted by Utusan Online on Monday, May 25, 2015

Lim Kit Siang Risau Pakatan Bubar?



Sama ada anda orang UMNO / BN / Pakatan, bacalah artikel ni. 

Aku baca artikel ni perlahan-lahan, word by word, tiga kali. Diulang, TIGA kali. kenapa sampai tiga kali? Pertama, of course untuk hadam betul-betul apa yang LKS cuba nak sampaikan. Kedua, nak pastikan rasa marah dan sakit hati aku semasa bacaan kali pertama tu berlandaskan emosi atau fakta. Ketiga, nak dapatkan ilham untuk entry ni.

Wahai Onyang LKS, 

simple rule / etchic in journalism : JANGAN bercakap atau menulis "pandangan" / "pendirian" bagi pihak orang lain. dan spesifik dalam artikel ni, kau bercakap bagi pihak orang yang dah meninggal, Allahyarham Tuan Guru Nik Aziz (TGNA)! Yang mana, takkan mampu nak menafikan apa yang kau dah tulis. 

Yaa, aku faham agenda utama artikel LKS ni ialah pasal "Pelan Tindakan Lapan Tahun PR" (which is bullshit i must say), and then dia selit sikit lahh bab rindu-rinduan arwah TGNA nak ambik hati penyokong PAS yang baca Malaysiakini ni (in fact, dia ulang dua kali ayat rindu tuu. ohh so sweet of him, pfft!) tapi percayalah anta anta sekalian, bacalah dengan kepala otak yang waras dan neutral, korang akan nampak permainan LKS ni untuk hentam dan lekehkan Hadi Awang sebenarnya. Sebab? Sebab Hadi Awang ni lebih sihat dari arwah TGNA, lebih terbuka pemikirannya dan bukan tipikal pencium bontot Anwar Ibrahim.

Ini aku bagi satu petikan, 

"Nik Aziz pastinya memahami hujah-hujah bahawa pelaksanaan hudud bukanlah isu utama berbanding memastikan kelangsungan dan kejayaan Pakatan, menewaskan Umno/BN serta menawan kerajaan persekutuan Putrajaya dalam PRU ke-14 bagi melaksanakan dasar-dasar yang akan memulihkan kebebasan, keadilan, maruah rakyat dan urus tadbir yang baik di Malaysia."

Like seriously, LKS?? Bukan TGNA ke yang paling memperjuangkan hudud di Kelantan, sesuka hati pulak dia kata TGNA anggap hudud bukan isu utama?? Sebenarnya, yang tak anggap hudud ini satu isu penting ialah puak-puak DAP. Tak payah lah aku copy paste pulak statement-statement kurang ajar puak-puak ni pasal hudud kat sini kan. If you Muslim and you support Hudud, you should know.

OK. Cuba pulak baca dua perenggan berturut yang aku copy paste ni dan ayuh aku ceritakan betapa Pakatan Rakyat memang obviously tak bole pakai :

"Ini peluang terbesar buat Pakatan Rakyat, yang ditubuhkan tujuh tahun lalu selepas tsunami politik PRU tahun 2008 yang berjaya menafikan majoriti dua-pertiga gabungan Umno/BN di Parlimen, serta menyaksikan tertubuhnya lima kerajaan Pakatan di Pulau Pinang, Kedah, Perak, Selangor dan Kelantan."


Okayy, perenggan ni tak ada masalah. betul lah tu. cuma baca ayat seterusnya di bawah.


"Harapan dan jangkaan orang ramai untuk melihat perubahan kerajaan persekutuan dan juga seorang perdana menteri baru iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas PRU ke-13 pada 5 Mei 2013 dikecewakan oleh sebuah sistem pilihan raya yang tidak demokratik, yang membolehkan Umno/BN merampas kemenangan daripada Pakatan melalui bilangan majoriti kerusi Parlimen, walaupun mendapat undi minoriti dan terus berkuasa di Putrajaya."

Mula-mula dia kata PR berjaya buat tsunami politik 2008 sebab menang lima buah negeri. Tapiiii, tetiba dia kata sistem pilihanraya yang sama digunakan masa 2008 tuu TIDAK DEMOKRATIK sebab UMNO/BN menang kerusi majoriti Parlimen. Ini pakai teori apaa bebb?? Kalau korang menang, amboi terus julang dan gah kata inilah suara rakyat bagai, tapi bila kalah??? Terus maki hamun dan cop SPR tak telus??? Kat kampung aku, fenomena ni dipanggil Bangang Abadi.

Sorry LKS, you can write (think) better than this. Oh, propaganda pun mungkin juga kot sebab dia sendiri tulis Pakatan Rakyat berada di jurang kehancuran. Yes, you read me well. Jurang kehancuran.

:)  Aku duduk tepi kunyah popcorn jelah gitu.




Sunday, 24 May 2015

Nak kecam Tok Zahid main politik pulak dahhhh


Nak kecam Tok Zahid main politik pulak dahhh

Bukan hangpa ka pejuang hak asasi manusia dan 
pejuang dasar kemanusiaan?

Betuilah apa Tok Zahid cakap tu... sekarang dan ada isu.... time ni lah tunjuk apa hangpa duk gebang kuat sebelum ni... jangan duk diam saja...

Takkan hangpa hak asasi hangpa kat Anwar Ibrahim atau orang PR ja kot ?

Sebenaqnya Tok Zahid tu saja ja nak test keikhlasan hangpa saja...yang hangpa duk kalut awat ? 

APA PUNYA TURRRR !!!



THE ROHINGYA'S: ANOTHER COLLECTION FOR POLITICISING


PENANG CM MEDIA STATEMENT ON 15 MAY 2015

The Penang government will stand together with Putrajaya when it comes to matters involving national security, Chief Minister Lim Guan Eng said today.
On attempts by thousands of Rohingya refugees trying to enter Malaysia, including Penang, through the sea, he said both state and federal governments should put aside their political differences and stand together on common ground."
Lim said he also did not want to be seen as taking political advantage of the issue, which he added that both state and federal government must have a common stand on.
"But whatever is said and done, the people in the boats must be given proper food and medicine on humanitarian grounds," he said.
Asked if he agreed with the Malaysian authorities’ move of turning away the refugee boats, Lim replied: "I never said I agree."


PENANG CM MEDIA STATEMENT ON 24 MAY 2015

Penang turns down suggestion to house Rohingyas, says report. 


Penang wants Putrajaya to house the Rohingya and Bangladeshi refugees in land owned by the federal government, reports The Star.
Chief Minister Lim Guan Eng said this was because the state had limited space, both on the island and the mainland.
Lim also reiterated that Penang needed to be kept abreast of any plans to host the migrants in the northern state.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/penang-turns-down-suggestion-to-house-rohingyas-says-report#sthash.8Rg5RdlM.dpuf


Needless to say more, the Penang CM is taking advantage of the Rohingya's issue for his political mileage (although he denied it). From his statement on 15th May, he said that the State Government will stand together with the Federal Government in tackling the issue. However, when asked to assist in placing the Rohingyas temporarily, he stumbled at first, then the next day refused to cooperate stating that there is not enough room to cater them in Penang. It shows that there is no sincerity in helping at all as what he portrayed in his statement earlier. For those skeptics who say the Federal Government is sabotaging Penang, please bear in mind that Penang is chosen due to its strategic location for this specific humanitarian mission. Additionally, the CM was the first who asked the Federal Government to help the Rohingyas, and boldly saying they will cooperate in the humanitarian mission. Now, he is retracting his intention and leaving the Federal on her own. The Federal however will still continue the humanitarian aid and identify any Federal Government's land (although obviously it is much more limited than the State land) to house them temporarily after being rejected by Penang. 

Pray for the Rohingyas and hope for the best ending to their ailment.

PDRM TEMUI KUBUR BESAR DI PADANG BESAR, PERLIS DIPERCAYAI MILIK ROHINGYA



Menteri Dalam Negeri hari ini mengesahkan bahawa sebuah kubur besar dipercayai milik mangsa penyeludupan manusia dan pemerdagangan orang (Rohingya) telah ditemui oleh pasukan Komando VAT69 dan Pasukan Gerakan Am (PGA) di Padang Besar, Perlis. Pihak PDRM mempercayai bahawa terdapat dalang warganegara Malaysia yang terlibat dan bersengkokol dengan kegiatan yang tidak berperikemanusiaan tersebut dan pihak polis sedang giat mengesan mereka untuk dibawa ke muka pengadilan. Sebelum ini, beberapa kubur besar milik warga Rohingya telah ditemui oleh pihak berkuasa Thailand di kawasan sempadan negara itu.

Penemuan ini membuktikan bahawa KDN sentiasa mengambil serius dan tidak berdiam diri berhubung isu penyeludupan manusia yang didakwa berlaku di sepanjang sempadan Malaysia-Thailand melibatkan warga Rohingya. Walaupun KDN pada mulanya telah mengeluarkan kenyataan pada 10 Mei 2015 yang lalu bahawa tiada kubur Rohingya yang ditemui di kawasan Malaysia pada masa itu, namun KDN sentiasa memberikan perhatian yang amat serius terhadap isu ini. Dalam pada itu, PDRM terus memperhebatkan kawalan dan operasi di sepanjang sempadan Malaysia-Thailand  sehingga membawa kepada penemuan beberapa buah kem pemerdagangan orang serta sebuah kubur besar yang ditemui baru-baru ini.

Difahamkan juga kawasan2 yang terlibat telah ditutup dan orang ramai tidak dibenarkan untuk memasuki kawasan tersebut bagi mengelakkan siasatan terganggu. Orang ramai juga dinasihatkan supaya tidak memasuki kawasan sempadan kerana dikhuatiri akan menggangu operasi pihak berkuasa selain membahayakan keselamatan diri. Sebelum ini juga terdapat beberapa usaha oleh wartawan dan orang awam untuk memasuki kawasan sempadan dengan menyamar sebagai petugas dari KDN. 

Adalah amat sedih apabila mengenangkan nasib pelarian Rohingya ini yang terus dieksploitasi oleh pelbagai pihak. Sudahlah dizalimi di negara sendiri, ada pula pihak yang mengambil kesempatan untuk memperdagangkan mereka kononnya menjanjikan masa depan yang lebih cerah di negara lain. Walhal mereka diperdagangkan dan ramai yang terkorban akibat kebuluran dan diseksa. Semoga mereka yang mendalangi perbuatan ini dapat ditangkap segera dan dibawa ke muka pengadilan. 

Syabas KDN dan PDRM. Keep on the good work.

Berita lanjut boleh dibaca di sini.

Memang, mengotakan apa yang dikata itu sukar.


Kerajaan Persekutuan tetap akan menempatkan pelarian Rohingya dan Bangladesh di pusat penempatan sementara di Pulau...
Posted by Agenda Daily on Sunday, 24 May 2015

Thursday, 21 May 2015

Rohingya - Google Trending.


Isu Rohingya pernah masuk Top 10 Google Trending Search di Malaysia. Jarang sekali isu berkenaan keselamatan dapat masuk ke senarai Top 10. Walaupun kini ia sudah keluar daripada senarai tersebut, ianya menunjukkan betapa seriusnya isu berkenaan pada pandangan pengguna Googe. Secara tidak langung ianya bolehlah dikatakan sebagai refleksi kepada pemikiran rakyat Malaysia itu sendiri secara umumnya.

TOP 50 HOT GOOGLE SEARCHES

Wednesday, 20 May 2015

Pendirian Kerajaan Malaysia Terhadap Isu Migran Rohinghya


Sumber : Whatsapp



MINISTERIAL MEETING ON IRREGULAR MOVEMENT OF PEOPLE IN SOUTHEAST ASIA

Source : Whatsapp



The Ministers of Foreign Affairs of Malaysia, Indonesia and Thailand met in Putrajaya, Malaysia on Wednesday, 20 May 2015 to discuss the issue of irregular movement of people into Indonesia, Malaysia and Thailand.  This is with a view to finding a solution to the crisis of influx of irregular migrants and its serious impact on the national security of the affected countries.  

Tuesday, 19 May 2015

Zahid: Tiada keperluan tahan, gari abang KPN ‪#‎SHSemasa‬ ‪#‎SHOnline‬


Zahid: Tiada keperluan tahan, gari abang KPN #SHSemasa #SHOnline
Posted by Sinar Harian on Tuesday, 19 May 2015

Sunday, 17 May 2015

TABIK KETUA POLIS NEGARA ! PEGAWAI KDN !

Ucapan tahniah daripada saudara Khaidir Ahmad buat KPN, PDRM dan KDN atas keperihatinan dan respond pantas atas kes yang beliau utarakan melalui laman FBnya. 


Posting Asal







KDN sedang jejak ketua sindiket penyeludupan manusia, kata Zahid Hamidi

PADANG BESAR 17 Mei - Kementerian Dalam Negeri (KDN) sedang menjejaki ketua-ketua sindiket penyeludupan manusia dan mereka yang bersekongkol dengan sindiket-sindiket terbabit dari Thailand, Myanmar dan Bangladesh.

Menterinya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, kerajaan bekerjasama dengan agensi-agensi penguatkuasaan daripada negara sumber dan juga negara transit di dalam membanteras sindiket penyeludupan manusia.

"Kita dapati kebanyakan yang datang telah membayar wang untuk memasuki Malaysia dan wang ini dibayar kepada ketua sindiket, melalui sindiket-sindiket yang telah diwujudkan mereka," katanya kepada pemberita hari ini.

Malaysia menurutnya, telah melakukan yang terbaik dalam menangani isu kebanjiran pendatang asing, ia mempunyai batas untuk membantu, terutamanya dari segi bilangan yang ditampung oleh depoh-depoh tahanan terbabit.

Ahmad Zahid berkata demikian selepas melakukan tinjauan darat dan udara kawasan sempadan negara dengan Thailand bersama-sama Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Shahidan Kassim di sini.

Katanya, selain operasi pemantauan dan kawalan, agensi penguatkuasaan negara dan Thailand turut berkongsi maklumat perisikan di dalam usaha mereka untuk membanteras jenayah penyeludupan manusia ini.


Amaran Kepada Along - Oleh Seorang Pegawai Polis.

Gejala pinjaman wang daripada along ini memang mendatangkan mudarat besar kepada peminjam. Semasa meminjam along bersikap baik serta lembah lembut sehingga memerangkap peminjam. Tetapi bunga yang dikenakan adalah berkali-kali ganda tingginya. Biasanya peminjam terdiri daripada mereka yang amat terdesak memerlukan duit dan dalam kesusahan. 

Fikiran mereka ketika itu sangat tertekan dan tidak dapat membuat pertimbangan secara munasabah. Secara logiknya agak sukar mereka melunaskan hutang daripada along dengan bunga yang berkali-kali ganda mengikut masa yang diberikan. Akhirnya untuk memaksa pinjaman dibayar, along menggunakan pelbagai cara termasuklah perbuatan yang melanggar undang-undang terhadap peminjam dan keluarga mereka.

Tindakan tegas daripada kerajaan adalah dialu-alukan bagi membanteras along @ ceti haram.

Saturday, 16 May 2015

'ORANG DALAM' DISYAKI DALANG KES CULIK DI SANDAKAN - PESURUHJAYA POLIS SABAH


'ORANG DALAM' DISYAKI DALANG KES CULIK DI SANDAKAN - PESURUHJAYA POLIS SABAH Kota Kinabalu, 17 Mei- Kes penculikan...
Posted by Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police ) on Saturday, 16 May 2015

TANGKAPAN OP WARTA BERMULA ESOK- PDRM


TANGKAPAN OP WARTA BERMULA ESOKHanya tinggal sehari lagi tempoh kepada pemilik saman trafik yang dikenakan waran...
Posted by Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police ) on Saturday, 16 May 2015

Pandangan Peguam Yuktes Vijay - Isu Terpaksa Menghantar Pulang Pendatang Asing Rohingya


Bukan kejam...Tapi, ada perkara yang tidak praktikal dan diselebungi pelbagai isu berkenaan protokol dan Treaty...
Posted by Yuktes Vijay on Friday, 15 May 2015

MELETAK GAMBAR ANAK DI FACEBOOK - SATU PANDANGAN

Pandangan ini ditemui disebarkan dalam WA. Dilihat ianya satu pandangan yang layak diberikan perhatian dan pertimbangan. Khususnya bagi mereka yang mempunyai anak-anak kecil yang bersekolah tadika atau pun rendah. Dan mempunyai akaun Facebook, atau yang sejenis dengannya.

Untuk peringatan kita semua:

Dr Shukri Abdullah

LETAK GAMBAR ANAK SEBAGAI GAMBAR PROFIAL FB ANDA : FIKIR 19 KALI !!

Info berikut diperolehi dari seorang rakan dalam group whatsapp rakan-rakan seasrama sekolah saya dulu. Dia dapat dari wall FB Shanker Sundaram. Penting sangat kita pakat share:

Seorang lelaki hantar permohonan untuk jadi kawan FB anda. Anda tidak mengenalinya tetapi nampak macam orang baik, jadi anda terima permohonannya.

Friday, 15 May 2015

High alert in Sandakan after kidnapping at seafood restaurant

Home Minister Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi said additional security forces had been deployed to the area where two Malaysians had been kidnapped at 7.40pm from a seafood restaurant in Jalan Batu Sapi, Sandakan, Sabah, today.
He said no arrest had been made but the security forces under the Eastern Sabah Security Command (Esscom) were on high alert.
The coast guard, said Ahmad Zahid, had also been deployed to assist in cordoning off the area.
He said although the boat believed to have been used in the kidnapping was seen heading towards the Philippines, it was believed to be still in Malaysian waters.
“No demands have been made as of yet and no injuries have been reported.
“The Malaysian Maritime Enforcement Agency (MMEA) will be working closely with the Philippine authorities on the matter,” he told reporters during a media night hosted by Prime Minister Datuk Seri Najib Razak here tonight.

MANGSA CULIK DI SANDAKAN GIAT DIKESAN


MANGSA CULIK DI SANDAKAN GIAT DIKESANKota Kinabalu, 15 Mei - Polis Sabah giat mengesan suspek serta dua mangsa yang...
Posted by Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police ) on Thursday, 14 May 2015

Thursday, 14 May 2015

Realiti vs Persepsi

Ada juga yang menamakan fenomena ini sebagai Monkey Brain. Ada yang menyamakannya dengan fenomena harga minyak turun tetapi harga makanan tidak turun. Kerana persepsi menyatakan dengan turunnya harga minyak sudah tentu harga makanan turun tetapi realitinya tidak sebegitu.

Emosi boleh membuatkan fikiran waras menjadi tidak waras. Fikiran yang tidak waras menghasilkan pilihan yang tidak bijak dan seterusnya perbuatan yang tidak mendatangkan faedah. Benar kata ahli-ahli hikmah bahawa Sabar itu adalah ibu ilmu.

Kerana mungkin apabila bersabar, kita menahan diri daripada menggunakan Monkey Brain. Apabila bersabar kita tidak membuat pilihan yang tidak bijak walaupun hati kita melulu ingin membuatnya. Apabila monyet sudah meninggalkan kita dan fikiran kembali tenang dan waras, ketika itu barulah hati kita dapat memahami apa realiti sebenar sesuatu perkara.

Wednesday, 13 May 2015

KEBANJIRAN PATI ROHINGYA DAN BANGLADESH DI LANGKAWI


BALAI POLIS KG TAWAS SAMBUT KELAHIRAN BAYI


BALAI POLIS KG TAWAS SAMBUT KELAHIRAN BAYI : Seorang wanita selamat melahirkan seorang bayi perempuan di Balai Polis Kg Tawas sebelum dibawa ke hospital. Syabas warga Polis Perak!
Posted by Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police ) on Wednesday, 13 May 2015

Tuesday, 12 May 2015

Operasi Waran Tangkap Terhadap Mereka Yang Tidak Bayar Saman


BAYAR SAMAN KITA CEPAT-CEPAT! 
KENYATAAN MEDIA KETUA TRAFIK PASUKAN: Operasi Waran Tangkap (Op Warta)Polis diraja malaysia akan melaksanakan operasi ...
Posted by Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police ) on Tuesday, 12 May 2015

Monday, 11 May 2015

SEBELAS RAKYAT MALAYSIA SERTAI MILITAN IS MAUT


SEBELAS RAKYAT MALAYSIA SERTAI MILITAN IS MAUTKota Baharu, 11 Mei - Sebelas rakyat Malaysia yang dikesan terlibat...
Posted by Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police ) on Monday, 11 May 2015

Sunday, 10 May 2015

Tiada kubur Rohingya di Malaysia


PUTRAJAYA: Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini menafikan laporan akhbar bahawa terdapat kem penampungan dan kubur pendatang asing tanpa izin (PATI) etnik Rohingya di sempadan Malaysia dan Thailand. 

Ketua Setiausaha KDN, Datuk Alwi Ibrahim, berkata ia berdasarkan kepada siasatan oleh pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) bahawa tiada penemuan kem penampungan atau kubur etnik itu dalam kawasan Malaysia.  

"Malaysia disasarkan sebagai negara destinasi bagi kes penyeludupan migran menerusi Thailand yang bertindak sebagai negara transit bagi kegiatan ini," katanya dalam satu kenyataan di sini. 

KDN juga ingin menjelaskan bahawa apa yang dapat dilihat adalah senario semasa di sempadan Malaysia-Thailand, dan ia lebih menjurus kepada aktiviti jenayah penyeludupan migran berbanding dengan jenayah pemerdagangan orang. 

Alwi berkata, jenayah penyeludupan migran membabitkan pergerakan merentasi sempadan negara dan kebanyakan daripada PATI termasuk etnik Rohingya sanggup bersekongkol dan membayar kepada sindiket jenayah untuk diseludupkan masuk ke Malaysia melalui Thailand. 

KE ARAH MENJADIKAN PDRM SEBAGAI POLIS BERTARAF DUNIA


KE ARAH MENJADIKAN PDRM SEBAGAI POLIS BERTARAF DUNIAKuching, 10 Mei - Demi menghadapi pelbagai cabaran dalam era...
Posted by Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police ) on Sunday, 10 May 2015

Friday, 8 May 2015

Kata di Kota, Janji Dilaksana !


Kenyataan Media DS Dr Zahid Hamidi - Keputusan PRK Permatang Pauh


FOR IMMEDIATE RELEASE : HELICOPTER CRASH IN PAKISTAN

Ministry of Foreign Affairs Malaysia confirms that a Pakistani army helicopter carrying foreign diplomats and spouses crashed at Naltar Valley, Pakistan earlier this morning. The Helicopter was carrying foreign diplomats and spouses on an official programme organized by the Government of Pakistan.

During the incident, The Norwegian, Netherlands and Philippines Ambassador, together with the wife of Indonesian Ambassador and Datin Habibah Mahmud, wife of the High Commissioner of Malaysia to Pakistan, had perished in the incident. 

The High Commissioner of Malaysia to Islamabad, Dato’ Dr. Hasrul Sani Mujtabar survived the incident and currently being treated in Gilgit Hospital. The cause of the crash is still under investigation. The Malaysian High Commission in Islamabad is currently making efforts to obtain a full report on the incident.

The Ministry of Foreign Affairs would like to convey our deepest condolences to the families and friends of the victims of the incident. 


MINISTRY OF FOREIGN AFFAIRS 
PUTRAJAYA
8 MAY 2015

Sumber : Whatsapp.

Thursday, 7 May 2015

KENYATAAN FB YAB PM - PRK PERMATANG PAUH


Terima kasih YAB Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, serta Barisan...
Posted by Najib Razak on Thursday, 7 May 2015

Tuesday, 5 May 2015

Permatang Pauh Berdoa - Semoga semuanya berjalan lancar.

Doa buat Permatang Pauh

Posted by APT on Tuesday, 5 May 2015

ANGGOTA RELA TURUT DITUGASKAN RONDA 'LORONG TIKUS' DI SEMPADAN


ANGGOTA RELA TURUT DITUGASKAN RONDA 'LORONG TIKUS' DI SEMPADANAlor Setar, 5 Mei - Anggota Ikatan Relawan Rakyat...
Posted by Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police ) on Tuesday, 5 May 2015

Monday, 4 May 2015

Orang Dalam Pun Diambil Tindakan - YB Menteri KDN

Mengulas Kemalangan Myvi yang melanggar sebuah Pajero di Gombak mengakibatkan kematian ibu-bapa dan adik kepada dua orang kanak-kanak perempuan.

Beberapa grafik telah ditemui diedarkan di alam siber berkenaan kenyataan Menteri berkenaan. 


Sunday, 3 May 2015

Ceramah Ustaz Kazim Elias Malam Ini (Isnin, 4 Mei 2015) di SMK Permatang Pasir.


Testing..123
Posted by Ustaz Mohd Kazim Elias on Sunday, 3 May 2015

Fokus Keselamatan Dalam Manifesto PRK Permatang Pauh


Keselamatan

  1. Menubuhkan Community Policing di setiap kawasan perumahan 
  2. Menggalakkan penyertaan masyarakat bagi meramaikan anggota RELA 
  3. Memperbesarkan jumlah keanggotaan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) 
  4. Menambahkan pasukan Unit Ronda Bermotosikal (URB) di seluruh kawasan Parlimen Permatang Pauh 
  5. Menambahkan kekerapan 'omnipresence' pasukan Polis Di Raja Malaysia di kawasan-kawasan "hotspot"
Konsep Pertahanan Awam mampu untuk
menarik penyertaan ramai orang muda.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...