Wednesday, 27 May 2015

SEBAB KENAPA KUBUR ROHINGYA BARU DIJUMPAI DI MALAYSIA




27 Mei 2015 - Parlimen membahaskan mengenai penemuan kubur dipercayai milik mangsa pemerdagangan orang di Wang Kerian, Perlis berdekatan sempadan Thailand petang tadi. Timbalan Menteri Dalam Negeri, Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar menyatakan bahawa kawasan perkuburan tersebut terletak di kawasan yang tersorok dan sukar diakses melalui kawasan Malaysia disebabkan bentu muka bumi di sana. KPN juga sebelum ini telah menyatakan bahawa anggotanya terpaksa berjalan sejauh 3 jam melalui kawasan Thailand untuk ke kawasan berkenaan memandangkan ianya tidak dapat diakses dari Malaysia. 
Memandangkan lokasi dan keadaan bentuk muka bumi yang sedemikian rupa, maka ia telah menyukarkan pihak berkuasa di sempadan untuk mengesan kawasan kem pemerdagangan org tersebut kerana tiada rondaan boleh dibuat di sana tanpa menerusi kawasan Thailand.

Walaupun berita penemuan ini mmg mengejutkan pelbagai pihak di Malaysia, namun pada masa yang sama kita juga perlu rational di dalam membuat penilaian. Tidak dinafikan bahawa penemuan ini menunjukkan ada kelopongan yang boleh ditambah baik, namun kita juga perlu faham bahawa untuk menjaga sempadan Malaysia-Thailand yang panjang itu bukan satu perkara yang mudah dengan keadaan bentuk muka bumi yang amat-amat mencabar. Orang yang x pernah ke sempadan mmg xkan faham keadaannya. Banyak kawasan yang bergunung-ganang, curam dan hutan dara yang tebal di sepanjang kawasan sempadan tersebut menyukarkan rondaan dibuat dengan menyeluruh sehingga ke betul-betul di atas garis sempadan. Tambah lagi, byk lagi kawasan sempadan yang masih dalam pertikaian antara Malaysia-Thailand jadi bukan boleh suka2 hati je. Faktor2 ni menyebabkan pengawasan sehingga betul2 tepat di garis sempadan adalah mustahil untuk kedua-dua belah pihak Malaysia dan Thailand.

Dalam kes ni, kubur dan kem yang ditemui terletak kira2 400m melepasi garis sempadan Malaysia yang mana ianya mudah diakses dari Thailand tetapi tersorok dan x dpt diakses dari Malaysia. Sindiket ni bukannya tau mana garis sempadan, dia anggap je bende tu masih di dalam kawasan Thailand sebab bentuk muka bumi dia camtu. 

Jadi, kita x boleh salahkan pihak berkuasa bulat-bulat bila bende ni berlaku. mmg ada bende yg boleh ditambah baik dan kejadian seumpama ni boleh dijadikan iktibar untuk penambahbaikan akan dtg. Difahamkan juga krjn sedang dalam usaha untuk membina pagar sempadan bagi menangani jenayah-jenayah rentas sempadan ni. Tp kita faham bahawa projek yang akan makan kos yang amat besar ini perlukan kajian terperinci supaya duit yang digunakan tersebut betul2 memberi manfaat kepada rakyat. Walau bagaimanpun, sekiranya ada anggota keselamatan yang bersengkokol, maka wajib dikenakan tindakan undang-undang yang amat berat terhadap mereka ini. Mereka perlu dikesan sehingga ke lubang cacing.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...