Sunday, 24 May 2015

PDRM TEMUI KUBUR BESAR DI PADANG BESAR, PERLIS DIPERCAYAI MILIK ROHINGYA



Menteri Dalam Negeri hari ini mengesahkan bahawa sebuah kubur besar dipercayai milik mangsa penyeludupan manusia dan pemerdagangan orang (Rohingya) telah ditemui oleh pasukan Komando VAT69 dan Pasukan Gerakan Am (PGA) di Padang Besar, Perlis. Pihak PDRM mempercayai bahawa terdapat dalang warganegara Malaysia yang terlibat dan bersengkokol dengan kegiatan yang tidak berperikemanusiaan tersebut dan pihak polis sedang giat mengesan mereka untuk dibawa ke muka pengadilan. Sebelum ini, beberapa kubur besar milik warga Rohingya telah ditemui oleh pihak berkuasa Thailand di kawasan sempadan negara itu.

Penemuan ini membuktikan bahawa KDN sentiasa mengambil serius dan tidak berdiam diri berhubung isu penyeludupan manusia yang didakwa berlaku di sepanjang sempadan Malaysia-Thailand melibatkan warga Rohingya. Walaupun KDN pada mulanya telah mengeluarkan kenyataan pada 10 Mei 2015 yang lalu bahawa tiada kubur Rohingya yang ditemui di kawasan Malaysia pada masa itu, namun KDN sentiasa memberikan perhatian yang amat serius terhadap isu ini. Dalam pada itu, PDRM terus memperhebatkan kawalan dan operasi di sepanjang sempadan Malaysia-Thailand  sehingga membawa kepada penemuan beberapa buah kem pemerdagangan orang serta sebuah kubur besar yang ditemui baru-baru ini.

Difahamkan juga kawasan2 yang terlibat telah ditutup dan orang ramai tidak dibenarkan untuk memasuki kawasan tersebut bagi mengelakkan siasatan terganggu. Orang ramai juga dinasihatkan supaya tidak memasuki kawasan sempadan kerana dikhuatiri akan menggangu operasi pihak berkuasa selain membahayakan keselamatan diri. Sebelum ini juga terdapat beberapa usaha oleh wartawan dan orang awam untuk memasuki kawasan sempadan dengan menyamar sebagai petugas dari KDN. 

Adalah amat sedih apabila mengenangkan nasib pelarian Rohingya ini yang terus dieksploitasi oleh pelbagai pihak. Sudahlah dizalimi di negara sendiri, ada pula pihak yang mengambil kesempatan untuk memperdagangkan mereka kononnya menjanjikan masa depan yang lebih cerah di negara lain. Walhal mereka diperdagangkan dan ramai yang terkorban akibat kebuluran dan diseksa. Semoga mereka yang mendalangi perbuatan ini dapat ditangkap segera dan dibawa ke muka pengadilan. 

Syabas KDN dan PDRM. Keep on the good work.

Berita lanjut boleh dibaca di sini.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...