Ada juga yang menamakan fenomena ini sebagai Monkey Brain. Ada yang menyamakannya dengan fenomena harga minyak turun tetapi harga makanan tidak turun. Kerana persepsi menyatakan dengan turunnya harga minyak sudah tentu harga makanan turun tetapi realitinya tidak sebegitu.
Emosi boleh membuatkan fikiran waras menjadi tidak waras. Fikiran yang tidak waras menghasilkan pilihan yang tidak bijak dan seterusnya perbuatan yang tidak mendatangkan faedah. Benar kata ahli-ahli hikmah bahawa Sabar itu adalah ibu ilmu.
Kerana mungkin apabila bersabar, kita menahan diri daripada menggunakan Monkey Brain. Apabila bersabar kita tidak membuat pilihan yang tidak bijak walaupun hati kita melulu ingin membuatnya. Apabila monyet sudah meninggalkan kita dan fikiran kembali tenang dan waras, ketika itu barulah hati kita dapat memahami apa realiti sebenar sesuatu perkara.
No comments:
Post a Comment