Gejala pinjaman wang daripada along ini memang mendatangkan mudarat besar kepada peminjam. Semasa meminjam along bersikap baik serta lembah lembut sehingga memerangkap peminjam. Tetapi bunga yang dikenakan adalah berkali-kali ganda tingginya. Biasanya peminjam terdiri daripada mereka yang amat terdesak memerlukan duit dan dalam kesusahan.
Fikiran mereka ketika itu sangat tertekan dan tidak dapat membuat pertimbangan secara munasabah. Secara logiknya agak sukar mereka melunaskan hutang daripada along dengan bunga yang berkali-kali ganda mengikut masa yang diberikan. Akhirnya untuk memaksa pinjaman dibayar, along menggunakan pelbagai cara termasuklah perbuatan yang melanggar undang-undang terhadap peminjam dan keluarga mereka.
Tindakan tegas daripada kerajaan adalah dialu-alukan bagi membanteras along @ ceti haram.
No comments:
Post a Comment