Wednesday, 23 March 2016

Dakwaan PENGKAJI vs Realiti Dari Jabatan Imigresen

Terdapat info viral yang didakwa daripada PENGKAJI seperti di bawah bagi tujuan pendaftaran pekerja-pekerja asing yang tiada permit untuk didaftarkan semula.

Assalamualaikum Tuan2,

TAKLIMAT UTK SUB-AGEN MENGENAI PENDAFTARAN DAN PENEMPATAN PATI DI PENGKAJI

Untuk pengetahuan tuan2 Kerajaan Malaysia telah membuka ruang kepada pekerja2 asing yg tiada permit kerja dan paspot utk didaftar.

PENGKAJI telah dilantik sebagai cawangan Erajitu utk pendaftaran dan penempatan PATI. Kami akan memberi taklimat
mengenai 3P ini seperti brikut;

Tarikh  : Selasa 22Mac
Waktu  : 8.30mlm
Tempat: PENGKAJI 

Sila sahkan penyertaan tuan kepada staff PENGKAJI sebelum kul 8mlm Isnin 21 Mac.

Sekian terima kasih

Halmi Yusoff
Pengerusi 
PENGKAJI

Berikut adalah maklum balas yang dikeluarkan oleh Jabatan Imigresen Malaysia (JIM)


Bahaya Fahaman Wahhabi & ISIS - Dato Ayob Khan

Tuesday, 22 March 2016

Operasi Mengesan Pembeli Belah Misteri (Mystery Shopping) Tahun 2016


Mereka yang berbaju batik hendaklah berwaspada dengan pengambil-pengambil gambar misteri ini. Pastikan anda tidak memakai baju batik ketika melakukan "shopping misteriii".

Saturday, 5 March 2016

ISU TUN DR MAHATHIR DENGAN PEMBANGKANG



KENYATAAN MEDIA

YAB Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
Timbalan Perdana Menteri/Naib Presiden UMNO Malaysia

Apa yang berlaku petang kelmarin antara tokoh-tokoh politik utama negara seperti Tun Dr Mahathir Mohamad, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Azmin Ali, Lim Kit Siang, Ambiga dan ramai lagi ternyata memeranjatkan banyak pihak terutamanya rakyat kebanyakkan.

Sememangnya tidak terjangkau dibenak fikiran rakyat kebanyakkan akan tindakan yang sebegitu dalam dan keras yang diambil oleh tokoh-tokoh berkenaan terutamanya yang berstatus negarawan yang hanya semata-mata cuba untuk mempengaruhi rakyat bagi menukar barisan kepimpinan negara sedia ada yang dipilih secara sah melalui pilihanraya melalui “jalan belakang” yang ternyata bertentangan dengan amalan demokrasi berperlembagaan. Ia adalah satu tindakan yang tidak masuk akal dan tidak berpaksikan kepada kebenaran.  



Friday, 26 February 2016

Ringkas : Apa Itu Rehiring Program?

Program Rehiring yang bermula pada 15 Februari 2016 ini bertujuan mendaftar PATI yang bekerja secara haram di Malaysia di bawah majikan yang sah melalui syarat-syarat yang ditetapkan dan dilaksana di atas talian.

Thursday, 25 February 2016

PDRM bantah syor halalkan ganja: KPN

KUALA LUMPUR: Cadangan 'menghalalkan' penggunaan ganja selain untuk kegunaan perubatan adalah tidak relevan kerana ia menjurus kepada penyalahgunaan yang memudaratkan.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, berkata pihaknya membantah sekeras-kerasnya cadangan yang dianggap liberal dan keterlaluan itu.

"Kita tidak mahu lebih ramai anak muda terbabit dengan penyalahgunaan ganja yang biasanya mendorong kepada penggunaan dadah lebih 'keras'. PDRM tidak sokong, kita bantah," katanya.

http://www.bharian.com.my/node/127520

Tuesday, 23 February 2016

Gerakan Menghalalkan Ganja di Malaysia.




KENYATAAN MEDIA AGENSI ANTIDADAH KEBANGSAAN 
TARIKH: 23 FEBRUARI 2016 
GERAKAN MENGHALALKAN GANJA DI MALAYSIA 

1. Ganja (Cannabis Sativa juga dikenali sebagai marijuana dan dikatakan berasal daripada perkataan Portugis iaitu Mariguango yang bermaksud bahan yang memabukkan. Berdasarkan kajian, pengambilan ganja yang kerap dalam jangkamas panjang boleh menyebabkan daya an d kebolehan berfikir terjejas. Akhirnya pengguna ganja menjadi malas dan anti-sosial. 

2. Justeru kerajaan telah mengharamkan sebarang aktiviti penanaman, penghasilan, pengendalian, pemilikan, pengimportan serta pengeksportan ganja seperti yang termaktub dalam Bahagian lijadual Pertama Akta Dadah Berbahaya 1952 (Akta 234). 

3. Akhir-akhir ini Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) mengesan gerakan beberapa kumpulan dan individu yang aktif mengeluarkan kenyataan-kenyataan mengelirukan tentang ganja dan dilihat begitu berani membuat cadangan agar Kerajaan Malaysia membuat semakan undang-undang bagi menghalalkan penggunaan ganja di Malaysia. 

Tuesday, 16 February 2016

Beberapa fakta mengenai kemasukan 1.5 juta pekerja Bangladesh secara sistematik

1.    Perjanjian dgn Dhaka utk membawa masuk 1.5 juta pekerja Bangladesh dalam tempoh 3 tahun nampaknya mencetuskan banyak kekeliruan di kalangan rakyat, pembangkang dan NGO yang tidak faham akan maksud dan kerangka rancangannya. Ia juga disalahtafsir sebagai mengenepikan peluang rakyat tempatan untuk bekerja di sektor yang bakal diisi oleh pekerja asing, khasnya dari Bangladesh.

2.  Rancangan ini bukan untuk dilaksanakan dengan kadar segera kerana wujud beberapa perkara lain yang perlu ditangani terlebih dahulu, seperti berikut;
  • menguruskan kepulangan secara sukarela mereka yang dikategorikan sebagai pendatang asing tanpa izin atau PATI, 
  • menubuhkan bank data bagi mengumpul maklumat majikan mengenai berapa sebenarnya keperluan pekerja mengikut industri, 
  • meneruskan ops ke atas PATI tegar yang enggan pulang, 
  • menimbang pemberian permit kerja bagi mereka yang masih layak diambil bekerja dengan syarat ada surat perakuan majikan, serta 
  • memperhalusi mekanisme penjagaan hak serta kebajikan mereka di sini.

3.  Pengambilan pekerja Bangladesh ini tidak akan berlaku dalam masa terdekat, kecuali ada keperluan mendesak di pihak industri tertentu misalnya pembuatan dan pembinaan. Kerajaan boleh menimbang mewujudkan sebuah jawatankuasa audit bagi memastikan permintaan majikan adalah tulen, mampu membayar gaji serta faedah yang wajib dibayar, di samping memastikan kebajikan mereka terjamin, tidak seperti masa lalu di mana ramai pekerja yang dibawa masuk terkandas di lapangan terbang dan di tempat-tempat lain kerana penipuan.

4.  Walaupun angkanya adalah 1.5 juta, mereka akan dibawa masuk sedikit demi sedikit berdasarkan permintaan. Jika didapati 500,000 orang sudah memadai bagi tempoh 3 tahun yang dimaksudkan, maka pengambilan akan berhenti setakat itu saja. Kerajaan Dhaka maklum akan hal ini. Kita tidak akan melambakkan lagi 1 juta orang di sini jika tidak ada pekerjaan untuk mereka.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...