KENYATAAN MEDIA AGENSI ANTIDADAH KEBANGSAAN
TARIKH: 23 FEBRUARI 2016
GERAKAN MENGHALALKAN GANJA DI MALAYSIA
1. Ganja (Cannabis Sativa juga dikenali sebagai marijuana dan dikatakan berasal daripada perkataan Portugis iaitu Mariguango yang bermaksud bahan yang memabukkan. Berdasarkan kajian, pengambilan ganja yang kerap dalam jangkamas panjang boleh menyebabkan daya an d kebolehan berfikir terjejas. Akhirnya pengguna ganja menjadi malas dan anti-sosial.
2. Justeru kerajaan telah mengharamkan sebarang aktiviti penanaman, penghasilan, pengendalian, pemilikan, pengimportan serta pengeksportan ganja seperti yang termaktub dalam Bahagian lijadual Pertama Akta Dadah Berbahaya 1952 (Akta 234).
3. Akhir-akhir ini Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) mengesan gerakan beberapa kumpulan dan individu yang aktif mengeluarkan kenyataan-kenyataan mengelirukan tentang ganja dan dilihat begitu berani membuat cadangan agar Kerajaan Malaysia membuat semakan undang-undang bagi menghalalkan penggunaan ganja di Malaysia.
4. Kerajaan Malaysia melalui AADK tidak akan berkompromi atas sebarang desakan oleh mana-mana kumpulan atau individu bagi membuat semakan semula undang-undang berkaitan penyalahgunaan dadah yang sedia terpakai di negara ini.
5. Malah, dalam Mesyuarat Menteri-Menteri Asean Berkaitan Dadah yang berlangsung baharu-baharu ini, negara Asean telah sepakat berpegang kepada sikap zero tolerance terhadap penggunaan sebarang jenis dadah termasuk ganja.
6. Ketegasan kerajaan Malaysia juga dijangka akan dinyatakan di dalam mesyuarat United Nation General Assembly Special Session on The World Drug Problem 2016 (UNGASS 2016) yang akan berlangsung pada 19-21 April di New York
7. AADK menasihati orang ramai agar tidak melibatkan diri dengan sebarang gerakan tersebut serta menjauhkan diri dari terjebak ke kancah penagihan dadah.
Sekian, terima kasih
UNIT MEDIA & KOMUNIKASI KORPORAT AGENSIANTIDADAH KEBANGSAAN KEMENTERIAN DALAM NEGERI
No comments:
Post a Comment