Wednesday, 19 August 2015

Pengeboman di tengah kota Bangkok, Thailand.

Suspek dan beg disyaki berisi bom.
Kejadian pengeboman di tengah-tengah kota Bangkok baru-baru ini adalah "wake up" call kepada semua pihak. Kejadian ini menunjukkan perbuatan "pengganas / terrorist" ini boleh berlaku tanpa sebarang tanda awal dan boleh berlaku bila-bila masa dan di mana juga.

Bila disebut perbuatan pengganas / terrorist sebagaimana yang ditakrifkan oleh undang-undang negara, apa yang terbayang dalam fikiran ialah kumpulan tertentu yang memperjuangkan sesuatu ideologi ekstrem secara militan. 

Namun demikian, perbuatan pengganas ini sebenarnya boleh sahaja dilakukan oleh sesiapa sahaja tanpa motif yang jelas kepada umum. Perbuatan sabotaj boleh sahaja dilakukan oleh pihak yang mempunyai agenda tertentu bagi melemahkan ekonomi ataupun keamanan sesebuah negara. Apakah motif jika perbuatan seperti ini dilakukan adalah kabur dan bersifat spekulatif.

Kejadian pengeboman di Bangkok baru-baru ini di tempat perlancongan yang menjadi tumpuan ramai menunjukkan betapa rapuhnya keselamatan awam jika diancam tindakan keganasan oleh pihak-pihak tertentu.

Ada yang menisbatkannya kepada kegagalan pihak berkuasa atau pun keselamatan Thailand memantau risikan keselamatan. Tetapi apa kata jika mereka sebenarnya tidak pernah gagal memantau risikan terhadap ancaman tradisi? Apa yang berlaku adalah satu ancaman yang bukan tradisi dan dilakukan oleh pihak yang tidak disangka-sangka bagi melemahkan pentadbiran dan ekonomi Thailand?

Adakah pihak ini sebenarnya ingin mentargetkan Asean keseluruhannya? 

Oleh itu, ancaman terhadap orang awam yang sedang berkumpul di tempat awam seperti ini adalah perlu diberikan perhatian segara oleh keselamatan negara kita. Penilaian semula keselamatan perlu dilakukan bagi menganalisa apa yang sebenarnya berlaku di Bangkok, Thailand.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...