Tuesday, 11 August 2015

POLITIK BUDIMAN


Politik budiman bukannya macam yang diamalkan sesetengah puak itu. Budiman yang menghancurkan bangsa dan agama sendiri. Itu bukan politik budiman atau "gentleman". Politik budiman ialah politik damai dan tidak berpecah sesama sendiri.

Orang politik yang baik sedar bahawa kuasa politik itu hanyalah tanggungjawab yang diamanahkan. Sesiapa sahaja boleh dipilih oleh Allah untuk jawatan dan kuasa. Itu adalah ujian terhadap individu itu. Oleh itu sesiapa sahaja boleh naik dan turun. Semua telah ditentukan, kenapa hendak bermusuh-musuhan sesama sendiri.

Sesiapa yang dipilih maka hendaklah dia melaksanakan tanggungjawabnya, manakala yang tidak terpilih pula janganlah dia membuat keingkaran serta merosakkan jemaah sehingga menguntungkan mereka yang memusuhi Islam.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...