Friday, 11 September 2015

KEJADIAN KREN RUNTUH DI DALAM KAWASAN MASJIDIL HARAM, MEKAH, ARAB SAUDI


Kementerian Luar Negeri ingin mengesahkan bahawa seramai sepuluh (10) orang jemaah haji Malaysia telah tercedera di dalam kejadian kren runtuh yang berlaku di dalam kawasan Masjidil Haram, Mekah pada 11 September 2015, jam 5.00 petang waktu tempatan.  Namun demikian, tiada kematian melibatkan warganegara Malaysia dilaporkan setakat ini.

Kesemua warganegara Malaysia yang tercedera telah diberikan rawatan di beberapa hospital sekitar Mekah.  Kejadian ini disebabkan oleh ribut pasir dan hujan lebat yang melanda seluruh Mekah bermula sebelum waktu Maghrib pada hari kejadian.  Sehingga kini, seramai 87 orang mangsa terkorban, manakala 201 orang mangsa lagi dilaporkan cedera. 

Kementerian Luar Negeri, Konsulat Jeneral Malaysia di Jeddah dan pihak Lembaga Tabung Haji akan terus memantau perkembangan kejadian ini.

Kementerian Luar Negeri ingin merakamkan ucapan takziah kepada seluruh anggota keluarga mangsa-mangsa nahas tersebut.

KEMENTERIAN LUAR NEGERI
PUTRAJAYA

12 SEPTEMBER 2015

Sumber : Whatsapp Grup

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...